Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012.

Asalamualaikum..

Tahun baru 2011 akan berakhir tak lama lagi, dan dan Tahun baru 2012 akan menjelma. So kita check balik ada tak apa - apa azam kita yang tercapai atau tak. Aku punya azam tahun nie tak tercapai langsong pasal aku tak ada azam pape pon. Hahaha.. Aku ada list kan azam aku untuk tahun depan yakni tahun 2012.

1. Aku berazam nak jadi Hamba Allah yang lagi baik dari sebelum nie.

2. Aku berazam nak pulun betul betul belajar nanti bila aku masuk untuk sambung diploma.

3. Nak abiskan bayar duit moto aku.

4. Aku akan bersenam paling kurang seminggu sekali, tak kira cakar rimau atau lari berpagar.

5. Aku berazam nak jadi anak yang baik kepada ibu bapa aku.

6. Aku berazam nak pulaukan lelaki yang minat artis korea kat tempat aku belajar nanti.

7. Aku berazam nak hupdate blog dengan kerap tak kira walau cerita tue pasal jamban sekali pon. hahaha..

8. Aku berazam nak jadi bapa yang baik kepada anak anak aku. *tetiba..

p/s : itu jelah azam aku.. Azam aku nie tak ada kena mengena dengan Mohd Azam pon.. haha.. lawak kan macam cilake.. Okay.. Jumpa tahun depan..

Wednesday, December 28, 2011

Kotak pensil aku..

Benda yang aku ingat masa kat sekolah dulu adalah berkenaan pasal Kotak pensil atau Pencil Box. Nampak macam sama kan, tapi banyak kenangan pasal benda nie. First2 masuk sekolah mestilah semua bebudak benda nak mahal,bau kedai, baru akan dipandang tinggi, budak miskin di perkotak katik macam aku. Kotak pencil aku cuma bertahan sampai 5 bulan je kat sekolah, lepas tue macam biase lah, ada yang hilang, kadang kadang mak aku tanya, pergi mana kotak pencil aku, aku cakap bagi kawan, sungguh banggang betul aku masa tue.



Yang bebudak pompuan lak, mesti ada gambar teddy bear lah. ada gambar anak patung lah, tapi law bebudak laki pulak, gambar power ranger da boleh bangga da, tapi law jenis anak orang kaya, jenis 2 tingkat  punya. Ceh beli kat mydin jugak.. Tapi ada satu benda yang aku boleh jadikan kotak pensil, mungkin zaman sekarang tak ada kot orang buat macam nie, guna Kotak tape. Kotak tape nie wujud sebelum kewujudan   cd / dvd.

Lebih kurang macam nie lah, kotak die jer, dulu kat rumah aku banyak benda nie, tapi sekarang dah tak ada. Aku akan cari cerita yang bapak aku dah tak tengok lagi. Beli stiker kat kedai mamak, tampal dah siap kotak pensil aku. hehe.. Tapi sayang, sekarang benda macam nie dah tak ada lagi, bebudak sekarang lebih kepada yang mahal - mahal kot. Betapa cepat zaman berubah. Tak best nya bebudak zaman sekarang. hehe..

Sunday, December 25, 2011

Aktiviti Paranormal


Asalamualaikum..

Lama tak hupdate entry kat blog nie, pasal aku bz dan tangan malas nak menaip kerana kesihatan tak mengizinkan.. hehe.. Okay, benda yang aku nak story kat korang adalah, malam semalam aku dengan member aku ada ikut team Wujud (Paranormal Team) pergi jalan - jalan makan angin dekat kubur mangsa 13 Mei dengan kubur Orang islam.

Lokasi tempat tue berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh. Korang jalan terus je ikot depan hospital, lepas tue jumpa masjid. Rasanya dekat - dekat area situ kot. Kitaorang dari team Klang tak dapat ikut sekali masa diorang pergi dekat kubur cina tue pasal sesat. Salah info, patut pergi kat Sugai buloh tapi pergi kat sungai besi. Maaf bro tunggu kitaorang.. hehe.. Kitaorang just pergi dekat kubur orang islam jer..

ada satu pondok kat sini, seram..













Gambar yang dekat atas tue kawasan kitaorang pergi. Memang seram jugak lah, tapi mungkin nak ada pembangunan kot pasal tengok dah tambah pasir banyak,tak tau lah. Tujuan kitaorang jugak pergi tempat tue, untuk timbulkan keinsafan dekat diri sendiri yang kita pun akan mati jugak satu hari nanti.

Itu je yang yang ada pun, tak banyak sangat gambar aku amik.. sorry.. Masa ini aku demam dan hujan pun turun renyai - renyai gitu. So kitaorang pergi dekat satu lokasi kat area damansara tak silap aku. Yang cerita pasal ada pelajar hilang tue, tapi tak boleh masuk pasal aku rasa tuan tanah tue dah pasang zink tak bagi orang masuk.Pape pun brader - brader Wujud (Paranormal Team) memang sporting habis. Yelah mula - mula jumpa aku takut - takut gak nak tegur kan, muka sorang - sorang ganas je. Terpikir gak dalam hati, "muka orang cari hantu memang macam nie ker??" tapi time lepak ramai - ramai kat kedai makan, baru tau,korang memang sporting.

Link Facebook : Wujud (Paranormal Team)

p/s : sorry tak dapat bergambar ramai - ramai dengan brader - brader semua, ada masa lain kali kita jumpa lagi bro..

Wednesday, December 21, 2011

Imaginasi aku masa nak lelap mata.

Berikut adalah imaginasi aku sebelum aku lelap mata..

1. Aku seorang anak datuk yang hot kat kolej.
                                                                                        
2. Aku jadi power ranger selamatkan mangsa banjir. 


3. Aku jadi askar, penembak tepat.


4.  Aku jadi seorang drummer, pemain gitar pastu buat - buat main gitar sampai lenguh tangan.


5. Aku dapat Rm 1 juta dan perlu dihabiskan dalam masa 24 jam.


6. Ramai artis tergila gila dekat aku tapi aku tak layan sorang pon.


7. Aku bawak Ferari pastu sedekah dekat mat rempit.


Dan aku tahu itu semua imaginasi aku je nak bagi mata aku ngatok. dan bila bangun pagi semua tue ilang, fuuuuuuccccc...

Sunday, December 11, 2011

Selamat Hari Lahir Muhammad Shahbri



Alhamdulillah, tepat jam 12 malam tadi, maka dengan ini genaplah umur aku 20 tahun.. Muda lagi diri ini kurasakan. hehe.. Syukur kepada Allah s.w.t yang memberi nyawa dan kehidupan untuk meneruskan kehidupan ini sebagai hambanya di muka bumi ini... Amin..

Lamanya aku tak hupdate blog nie, rindu pulak tangan nak menaip. Tapi tak ada kesempatan. Pada yang da follow blog aku nie, terima kasih banyak banyak ye, nanti aku follow korang balik tau. Sebenarnya tak ada apa sangat pon aku nak taip nie, cuma nak wish birthday dekat diri sendiri jer.. hahahhaha.... Selamat Hari Jadi Shahbri..Aku harap semoga aku sihat walafiat untuk menjadi terus menjadi hambaNya dan semoga cita cita aku nak sambung belajar akan tercapai tahun depan... InsyAllah..

p/s : sape2 yang duduk dekat selangor, isnin aku bagi cuti,tak payah kerja.. hahah...