Tuesday, January 24, 2012

Aku sibuk.. maaf....

Asalamualaikum..

Lamanya tak hupdate entry. Hahaha sorry ye pasal aku tengah bz gile minggu nie dan minggu seterusnya. Dengan assigment berlambak - lambak. Al maklumlah, sekarang dah jadi student German Malaysian Institut. Jauh tue.. kat Bangi sana.

Pape pon aku tetap nak luangkan masa kat blog nie. Dah besawang2 da aku tengok. Siap labah - labah boleh buat sarang macam apartment pulak tue. cilake..Aku sebenarnya nak cerita satu benda kat korang nie masa aku kecik2 dulu.

Masa aku kecik - kecik dulu, kat belakang buku mastika kan ada macam iklan caller ringtone sume bagai. So ada satu iklan yang aku ingat, ada no telefon kumpulan senario, kira kita cakap dengan die lah. Aku dengan abang aku call lah.. Tapi mahal gile, tak silap aku, 1 minit die charge 50sen.. Mula - mula call die pasang lagu senario, pastu cakap dengan operater. Hari hari lak tue.

Ko bayangkan lah, 1 hari 30 minit kitaorang call, kalau sebulan macam mane?? Nak dijadikan cerita, bil telefon bulan tue sampai kat rumah. Aku dengan abang aku buat2 muka tak bersalah. Yelah muka budak kecik,kiut lagi..

Kira bulan tue punya bil memang melambung gile gile wa tak tipu lu.. Ayah aku dah syak aku da pasal aku memang nakal time tue. Abang aku biasa lah muka budak pandai tak macam aku. Soal siasat2 last2 semua mengaku. Ayah aku geram die amik bil tue, tulis kat kertas tue, "pelajar contoh". Tulis besar kat bil pastu tampal kat dinding,ngam2 lak dengan tempat telefon. Bile aku ingat balik sumpah bodoh.. hahah..

Sunday, January 8, 2012

Selamat Tinggal Malaysia

Selamat tinggal Malaysia, lepas nie aku dah kena study kat oversea. Jauh tue, kat German sana. Doakan aku berjaya ye.. Nak naik kapal terbang lagi, adeh.. Malas - malasnya. Mungkin sampai sana aku dah tak minta Chelsea kot, tak pun tukar Club Bayern Munich ke, gempak jugak kan.

Nak balik Malaysia pun lambat,mungkin 2 tahun sekali ke, hahaha.. Tapi tak nak lah jadi macam nur amalina ke, gay boy ke macam student2 lain, Eiii, simpang malaikat 47.. Tapi nak buat macam mane duk tempat orang, masuk kandang kambing, kenalah  mengembek..

Mintak2 mat salleh kat sana baik2 layan aku kan. Jangan lah macam Hilter.. Series aku akan rindukan adik aku, mak aku terutama sekali, nak berutus surat jauh pulak. Mau posmen tempeleng kepala aku kalau suruh hantar surat jauh2. Nak suruh chat kat fb, ibu aku mana ada Facebook. Adik aku pulak sape nak ajar die main Call of Duty yang baru?? Die mane pandai tembak zombie lagi?? Sape yang nak jaga keamanan Malaysia nanti?? Nak harapkan mahasiswa, asyik berdemo je..


p/s : Lupe nak bagitahu, aku belajar kat German Malaysia Institut kat Bangi..

Wednesday, January 4, 2012

Tolong berhenti guna bahasa alien..!!!

Asalamualaikum..

Mungkin lambat bagi aku nak buat entry pasal benda nie. Tapi makin lama, makin macam siamang je mata aku berbulu terhadap warga warga alien yang hidup di muka bumi ini sambil merosakan bahasa Melayu. Nak kata tak belajar Bahasa Melayu kat sekolah, habis dah belajar tapi bangangnya eja perkataan benci ditukar kepada "mencikk".


Apa kejadahnya semua tu bahasa kita jadi sampai macam tue,. Apakah ini konspirasi rosmah?? Anwar bakal dipenjara?? Mahasiswa akan berdemo di depan klinik??? Topup Rm3 akan ditamatkan tempohnya?? Apakah ini bahasa yang akan digunakan oleh alien untuk menakluk bumi??

"auwww mencikkk la at u niey, tak mao tataw.. "cilake

Yang tulis ayat - ayat jiwang satu hal, yang bab penulisan tu aku rasa sangat melampau. Kita tak perlulah kutuk - kutuk untuk menjatuhkan maruah mereka cukup sekadar kita pijak ramai - ramai serta ludah  dekat biji mata diaorang. hehhehe.. gurau je.. 

"byqw lqq ! mj0k kunq ! "    korang paham tak?? tak paham maknanye korang fail B.M.. Jadi sila ke sekolah tampar cikgu B.M korang sekarang. Biar aku terangkan maksudnya yang aku telah tenung sedalam dalamnya iaitu " Biarlah, merajuk karang". Betul ker aku tulis nie???


p/s : korang boleh baca lagi tulisan hidupan hampir pupus dekat sini...