Monday, April 30, 2012

Yeahhh.. Chelsea...!!!

                                       
Asalamualaikum...

Ermm nak mula dari mana ye... Sebenarnya banyak aku nak cerita tapi kita slow2 dulu lah ye.. Aku sekarang tengah cuti start dari ari jumaat minggu lepas sampai selasa. So duk umah jelah.. tapi siot la umah aku tak air la pulak. Masuk 3 hari dah macam nie.. Kalau sehari dua tak pelah gua boleh cerita lagi, tapi masuk 3 hari mana leh tahan beb.. Elak gua panggil bomba je datang umah gua. fakyuu...!!! tengok gua da mencarut..



Okay the next story pasal kemenangan Team feveret aku Chelsea  mengalahkan Team berstatus ayam iaitu Barcelona.Hahah..puas hati aku tengok Barcelona tersungkur kat tempat sendiri..Pastu lepas Chelsea menang cakap main bertahan la ape la.. Weii main pakai otak bukan pakai kaki je okay. Padan muka Barcelona.. Eh lupe Chelsea main 10 player je,pastu Barcelona dapat penalti tapi messi sengal leh tak  masukk..hahah..boo..

booo messi.
p/s: dengar cerita chelsea akan jumpa satu lagi kelab berstatus ayam iaitu Bayern Munich.. harap abg torres goal banyak2 sikit ye..

Saturday, April 21, 2012

Politik masa kini....

Asalamualaikumm..




Isu politik semakin hangat diperkatakan. Dari pada pemimpin atasan hingga ke makcik kantin di sekolah.Semua sibuk cakap pasal pilihan raya dan politik yang bersih dekat Malaysia yang tercinta.Isu mahasiswa duduk pasang khemah dekat dataran merdeka juga sedap untuk disiarkan hari2 oleh Tv3.. Isu samseng pukul mahasiswa juga hangat diperkatakan. Itulah samseng yang tak pernah kena pukul lagaknya..

Hahahaha..borink lah isu politik nie hari2 ada dekat Tv,suratkhabar dan blogger. Dan semestinya pembangkang adalah sekeji keji parti dan kerajaan adalah semulia mulia pemerintah. Itulah corak politik yang ada kat malaysia... Sungguh mulia kan..

Dari isu PTPTN,liwat,pakai rantai,cincin da bermacam macam lagi isu sekarang. Aku dah lama tak join dalam politik2 dan aku malas nak amik tahu pon pasal benda nie just aku nak berpikir jer. Maka bila kita berpikir ada pulak akta Auku yang wujud untuk mengekang pelajar pelajar dari join politik. Auku ke kuku pegi mati.. heheh..

p/s: interface blog baru nie macam haramjadah..:)


Sunday, April 8, 2012

Kenangan Network Security Student..!!!

Asalamualaikum..

Sebenarnya lama dah aku nak tulis pasal benda nie,cuma tak ada masa,aku try-try cari tak jumpa jugak.. hahahah,pandai aku buat lawak..kan..kan.. Berbalik pada topik yang asal,aku sekarang telah termaktub menjadi student German Malaysian Institut (GMI).. So kursus yang aku amik adalah Network Security.

Aku sebenarnye tak minat sangat kursus nie pasal banyak bermain dengan sistem Linux atau server. Aku lebih minat IT. Tapi nak buat macam mane dah rezeki aku sambung belajar dekat situ kan. So aku akan cuba buat yang terbaik. Ermm.. bebudak kelas aku semua okay.Kepala gile-gile jugak. Kalau orang gila tengok bebudak kelas aku sure dia cakap kitaorang lagi gila dari die..hahaha.. aku buat lawak lagi..hahaha..




Kat sini jugaklah aku boleh kenal dengan hackerz - hackerz yang pro yang hanya mampu mengodam wifi orang lain,hahaha.. Kat sini jugaklah aku kenal dengan blogger2 selain aku. Kat sini jugak lah aku kenal erti stalker,kepandaian seseorang.. Dekat sini jugaklah aku kenal erti kebebasan,keluar malam,kenal dengan budaya baru yang tak pernah aku jumpa kat sini. Kat sini lah,Ya Tuan-tuan kat sinilah...Kat sini jugaklah aku berjaga malam untuk menyiapkan segala assigment yang berlambak lambak..


p/s : adeh nak siapkan loan mara lagi.. tak siap2 lagi... :)