Monday, January 12, 2015

Hidup ini Roda Atau Ditentukan?

Assalamualaikum..





Lama gile tak hupdate.. dah dekat setahun jugak la.. Last 2013.. kepala bana die.. memang lama. haha..ceceh buat buat macm aku ni fames la kan.. hahah..Ermm ape aku nak intro ye.. Banyak benda nak cerita kat korang sepanjang aku tak ada ni..


Tapi nak cerita semua dalam 1 entry memang tak kan.. so aku berjanji pada diri ini akan hupdate sekurang kurangnya sebulan sekali.. wakakak.. Ok straight to the point.. hehe.. Sape yang follow blog aku tau aku tengah study kat gmi.. Nak tau gmi pergi google.. So tahun 2015 dengan rasminya aku da habis belajar 3 tahun..




So sekarang korang tau sebab apa aku jarang gile hupdate blog kan. Nak mengejar pointer yang tak semestinya menjamin masa depan. Kekadang aku terpikir, duduk kat malaysia, kita sejak azali memang perlukan kerja. Tapi nak kerja kita kena sekurangnya paling bangsat pon diploma. Bila ko amik diploma, ko kena buat PTPTN or MARA, bila ko grad, ko kerja untuk bayar balik pinjaman ko. So ko paham tak kitaran tu.



Pada yang tak paham, or buat buat tak paham korang memang macai.. hahah.. Banyak benda aku nak cerita. Kalau aku rajin maybe boleh dapat 2 3 entry dalam bulan ni.. hehe.. tapi tulah.. lepas grad dapat panggilan kerja.. pasal kerja ni aku akan hupdate nanti..

Oklah geng.. sampai sini jelah ye.. lepas da ..hehe.

p/s: rindu nak menaip..


Friday, November 8, 2013

Trip ke Genting Highland

Assalamualaikum reader2 yang aku rindukan semua..lama gila tak hupdate nak dekat 5 bulan da.. Sibuk la kawan.. Macam macam benda nak kena setelkan. Sekarang ni aku kena cari tempat praktikal. Macam semalam kan aku tulis entry pasal praktikal time aku amik sijil kat IKM dulu. Tu lah semakin lama makin kejap je rasanya masa nie berputar..

 
 Sebenarnya bukan tu yang aku nak story moli kat korang. Yang guwa mau ceritain, yang aku pegi Genting Highland baru2 nie.. sebab ape aku pegi, sebab seumur hidup aku, dalam 22 tahun nie, belum pernah dalam riwayat hidup aku jejak kan kaki kat tempat sejuk ala2 korea tu.So Perasaan taksub serta terkinja kinja meresap dalam diri kejap. hahahah..

Berbekalkan kuda merah wa, perjalanan dari Bangi bermula seawal jam 3 pagi rasanya. Aku lupa pukul berapa pasal time tu aku tak ada plan pon nak pegi. kira macam main gamble je pegi tu. Tengok member2 umah sewa aku semangat, darah anak klang campuran jawa tengah nie pantang sekali mengundur untuk mendaki jalan ke genting tu.
 


 


 Berbekalkan 6 biji moto berkuasa kuda 1000 cc dan keatas, perjalanan dimulakan dengan membaca doa agar perjalanan selamat.. puii masing2 nampak hipokrit kat situ. Meraung jugak la moto aku nak daki genting tu. Bapak tinggi. Gear 1 ngan 2 je yang korang boleh guna kalau standart ex5 1000cc macam aku lah.sampai masuk gear 3, kalau tak kena gaya moto korang akan mengundur secara tiba2 kerana tarikan bunian.








 Tujuan nya bukan nak main ape pon kat sana, just nak puaskan nafsu member aku tangkap gambar matahari naik jer. Series memang sejuk tahap siamang kat atas. Jadi batak kejap pasal ada asap keluar ikot mulut. pergh gila stylo. Start dari tu kitaorang cakap tanpa henti pasal nak tengok asap keluar ikot mulut masing2. hahah. dengar cite kat diorang tutup taman tema untuk renovation.

Lastly tak silap aku, kitaorang turun time pukul 9 pagi kot. Still sejuk lagi. Mengigil kot. kalau tempat belajar aku kat sini, memang macam siamang la aku pegi kelas jawabnya..hahaha.. perh panjang tak entry wa untuk kali nie. hahaha..




Monday, April 29, 2013

Antara Aku,Sahabat dan Camera

Asalamualaikum..

Lama tak hupdate da.. rasa malas nak hupdate.. wakakak.. ermm hari tue,hari pe ek aku pegi Perak,kat area ipoh. Member aku kawin..


Untuk pengetahuan korang,member aku nie time aku kenal kat IKM.. mana2 yang tak tau lagi pasal kisah aku belajar kat IKM nie korang boleh rujkuk kat entry aku yang lepas2..

Serius aku memang rindu giler kat member2 bilik lama aku.. Tup2 member aku call aku jemput datang kenduri kawin die..

Bila dah jumpa,memang masing2 gila lah.. Aku memang tak tahan gelak kalau lepak dengan member aku sorang nie.. Aku baru kenal erti sebuah persahabatan..

Kawan dengan sahabat memang jauh bezanya.. Jauh sangat2... Sahabat kalau nak pinjam sesuatu, kadang die bagi pinjam tanpa banyak soal..tapi kawan.. ko rasa macam kena hina je..

Aku dah merasa dah kawan tu macam mana.. So memang terbuku lagi dalam hati ni... tapi diamkan jelah pasal ko meminjam ye tak??