Tuesday, September 13, 2011

Aku Takot Darah.. (part 2)

Asalamualaikum...

Nie sambungan aku, cerita pasal aku takot darah tue.. Kali ini aku nak story pasal aktiviti aku bila balik rumah nenek aku yang tercinta nun jauh di Melaka. Nenek aku tinggal sorang - sorang jer kat rumah. Anak - anak sume termasuk mak aku yang paling bongsu duduk kat Selangor. So, bila ada kelapangan, aku dengan family aku akan balik lah kat rumah nenek aku nie.

Part yang paling best bila bapak aku suruh aku tangkap ayam, Ayam tue nenek aku bela, malam memang la duduk reban, tapi bila siang pandai pulak pergi jalan - jalan, beli choki - choki kat kedai, payah nak tangkap. Tapi aku tak tangkap la, pasal aku takot kena cakar.. (sila gelak sekarang ). Nak dijadikan cerita, ayah aku nak sembelih ayam, disebabkan aku takot darah dengan ayam tue, aku cuma ditugaskan pegang camera jer.. Fuhh nasib.. 

Mana mau lari ha!!?? Anda didakwa atas kesalahan berak kat kete aku..


Setelah Pegawai berhempas pulas menyerbu rumah ayam nie, seekor  bapa ayam berjaya ditangkap..


Hakim telah menjatuhi hukuman.. Aku hanya mampu melihat dari jauh jer.. Baju biru tue abang aku.

Ayah aku.. waahh.. sampai mati aku tak nak pegang ayam macam gitu..

Aku hanya mampu melihat dari jauh jer ape yang berlaku. Tangkap gambar pun curi - curi. Aku memang tak boleh tengok darah, lagi - lagi muka ayam tue timbul pulak rasa kesian muka seposen ayam tue menanti kena sembelih.. Dah nasib ko lah Ayemm.. Eh silap bukan Ayemm Ayam, ayam jer.. haha.. sorry zaim..

So, itu lah aktiviti aku bila balik kampung. Mesti ayah aku akan cari ayam tue nak sembelih. Ayam pun dah pandai tak balik reban, sanggup sewa hotel bajet takot kena sembelih.. hehe.. Yang aku pulak masih tak boleh hilang fobia kepada darah. Korang ada cara - cara tak macam mane nak hilang fobia tue..

 p/s : aku nak tanye pendapat korang tentang font tulisan yang aku guna nie.. Sila komen ye.. Aku terima...



No comments: