Sunday, December 25, 2011

Aktiviti Paranormal


Asalamualaikum..

Lama tak hupdate entry kat blog nie, pasal aku bz dan tangan malas nak menaip kerana kesihatan tak mengizinkan.. hehe.. Okay, benda yang aku nak story kat korang adalah, malam semalam aku dengan member aku ada ikut team Wujud (Paranormal Team) pergi jalan - jalan makan angin dekat kubur mangsa 13 Mei dengan kubur Orang islam.

Lokasi tempat tue berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh. Korang jalan terus je ikot depan hospital, lepas tue jumpa masjid. Rasanya dekat - dekat area situ kot. Kitaorang dari team Klang tak dapat ikut sekali masa diorang pergi dekat kubur cina tue pasal sesat. Salah info, patut pergi kat Sugai buloh tapi pergi kat sungai besi. Maaf bro tunggu kitaorang.. hehe.. Kitaorang just pergi dekat kubur orang islam jer..

ada satu pondok kat sini, seram..













Gambar yang dekat atas tue kawasan kitaorang pergi. Memang seram jugak lah, tapi mungkin nak ada pembangunan kot pasal tengok dah tambah pasir banyak,tak tau lah. Tujuan kitaorang jugak pergi tempat tue, untuk timbulkan keinsafan dekat diri sendiri yang kita pun akan mati jugak satu hari nanti.

Itu je yang yang ada pun, tak banyak sangat gambar aku amik.. sorry.. Masa ini aku demam dan hujan pun turun renyai - renyai gitu. So kitaorang pergi dekat satu lokasi kat area damansara tak silap aku. Yang cerita pasal ada pelajar hilang tue, tapi tak boleh masuk pasal aku rasa tuan tanah tue dah pasang zink tak bagi orang masuk.Pape pun brader - brader Wujud (Paranormal Team) memang sporting habis. Yelah mula - mula jumpa aku takut - takut gak nak tegur kan, muka sorang - sorang ganas je. Terpikir gak dalam hati, "muka orang cari hantu memang macam nie ker??" tapi time lepak ramai - ramai kat kedai makan, baru tau,korang memang sporting.

Link Facebook : Wujud (Paranormal Team)

p/s : sorry tak dapat bergambar ramai - ramai dengan brader - brader semua, ada masa lain kali kita jumpa lagi bro..

3 comments:

cik wanie Lovela (CWL) said...

ada jumpa ke

محمد رازيق said...

wah banyak syopk aktiviti cam ni bro. ada masa aku mau join.. hehe.. salam kenal-kenalan.

Shahbri said...

cik wanie : tak jumpa..

muhd razik : betul ke aku eja nama ko?? hehe.. boleh aja..