Monday, September 26, 2011

Aku nak Nagis...

Sedih, Sedih, Sedih.. Kadang - kadang hidup kita di uji dengan benda - benda yang kita tak jangka. So, kena lah hadapi dengan sabar. Betul tak?? Aku tak dapat pergi majlis Graduasi atau Majlis Konvokesyen baru - baru nie. Adalah masalah family sikit. Pergh terasa beb tengok member semua pakai jubah siap tag lagi masuk Facebook. Fakk..!! Nak nagis aku tengok. Kenapa lah aku tak dapat pergi kan. Aku bukan tak dapat pergi sebab aku gagal ke ape, soory sikit. Pointer aku 3.24.. hehe..

Dah lah tak dapat pergi, disebabkan tension, malam tue ada game bola, Chelsea main. Lawan dengan Manchester United. Aku harap boleh menang walaupun aku tahu agak mustahil. Fak lagi sekali, kalah 3-1.. Sedih lagi.. Member aku ketawa jer tengok aku jerit tengah tengah malam maki si Torres bangang tue. Dah lah tak dapat pergi konvo, chelsea kalah.. Mau tak menangis air mata darah aku malam tue.

Dengan rasa berat hati aku tinggalkan rumah member aku, nak balik dalam pukul 1 pagi kot game tue habis. Tengah syok naik motor, aku rasa motor aku berat. Tak kan hantu bonceng tumpang motor aku.Kalau ditumpang mau makan penampar kot. Dah lah aku tengah tension. Berenti kejap kat tepi, motor aku tayar bocor daa.. Pukul 1 pagi.. Korang bayangkanlah. Aku nak rasa jerit je kat tepi jalan tue. ARGGGGHHHHHH..!!!!!!!!!!!!!!! Tapi aku jerit dalam hati je, takot di cop orang gila lak..

Tinggal lah aku sorang - sorang menolak motor pergi dekat stesen minyak. Pam - pam tak naik. Menitik air mata aku tengok tayar motor aku. Macam paham - paham kan dikau wahai cik motor. Tengah malam mane ada kedai motor bukak?? Nak tak nak aku terpaksa lepak kat stesen minyak ditemani dengan mat bangla. 
 So hari tue memang hari malang bagi aku, Tak dapat pergi konvo, motor aku pancit, yang paling sadis Chelsea kalah...

p/s : entry ini pendek je, aku tengah bersedih lagi.. sorry..

Tuesday, September 20, 2011

Ape Yang Aku Buat Bile Keluar Gaji..

1. Bayar duit motor

2. Beli topup RM10

3. Servis motor

4. Lepak Kedai makan

5. Beli majalah Ujang

6. Simpan Rm100 kat bank

7. Bagi mak aku

8. Beli apa yang aku idam -idamkan dekat 7e

9. Kalau aku dapat gaji hari jumaat, sedekah sikit kat surau.

10. Jalan - jalan dekat Jusco, sambil tengok jersi Chelsea, tapi tengok je..

11. Pergi kedai handphone, belek - belek handphone, mane tahu tergerak nak beli.

12. Beli makanan bawak balik rumah, makan dengan family ramai- ramai

13. Bayar duit kutu

14. Belagak depan adik aku

15. Periksa buku 555 kalau ada hutang yang perlu dilangsaikan

Monday, September 19, 2011

Patut Ke Aku Rasa Macam Pendatang??

Diulangi sekali lagi "PATUT KE AKU RASA MACAM PENDATANG??"  Macam yang korang tahu, Negeri Selangor umpama lubuk emas untuk manusia berkerja dan mencari rezeki. Semakin banyak kilang dibuka di sana sini, "Apa kejadahnya semua ini?? di mana pihak berkuasa??" Eh, ape aku ngarut nie?? Dan semakin banyak warga asing yang berkerja dan datang ke Selangor. Kalau yang datang cari rezeki tak pelah, merantau tempat orang tapi kalau yang datang nak mencari rezeki sambil cari pasal, memang lahanat la citernya..

Aku rasa tak payah cerita pasal orang dari Bangla, Nepal, Vietnam, India mari, atau yang sama waktu denganya.Warganegara Malaysia gak, tapi datang dari luar semenajung lah. Jenis duduk dalam hutan, datang selangor dah macam beruk tak pernah jumpa pisang gamaknya. Korang nak marah, marahlah, aku tak kisah, Blog aku okay..!! 

Tahap kecipanan puak - puak nie bile datang Selangor, adui.. Law datang cari rezeki tak pelah kan. Tapi ko datang Negeri aku, nak buat macam negeri ko yang dalam hutan tue, baik tak payah lah. Kenapa aku perlu rasa macam pendatang bile aku nak balik rumah?? Bile aku nak keluar rumah?? Tahulah puak puak ko ada kat kawasan rumah aku. Kalau korang taw kat Flat Bukit Tinggi, Selangor.

Kawasan rumah aku bukan dipenuhi dengan Warga asing, tapi warga Malaysia yang berperangai lebih teruk dari Pendatang Haram..!! Aku memang anti dengan puak - puak nie.. 

Contohnye, taw lah tempat ko pendalaman kan, tak payahlah ko datang sini, nak rosakkan telefon awam,peti surat rumah aku. Aku rasa tempat ko, mesti kawan dengan beruk dan tapir kan kan.. Bile korang mabuk, lepas tue bergaduh dengan puak korang sendiri. Tak ke bodoh namanye?? Yang paling aku tak boleh ingat sekali, masa aku nak sampai kat tempat kerja aku, aku nampak ada budak lebih kurang umur belasan tahun gak, tengah sedap hidu gam. Budak pendatang tue lah. Punya lah teruk. Korang nie macam tak ada maruah ker??? Umur baru belasan tahun, ko nak tunjuk belagak ko..!!

Aku nak nasihat dekat Puak - puak luar semenanjung nie, korang kalau nak datang cari rezeki, carilah. Bumi Allah nie luas, tapi jangan buat Negeri aku nie macam Negeri korang yang kuno tue okay..!! Merantau buat cara merantau. Senang.. Tak payah nak jeling - jeling, sound - sound bile kitaorang buat bising ke, lepak ramai - ramai ke kat kedai makan,  ini Negeri aku okay..!!

p/s: okay, dah puas aku marah. Entri ini tiada kene mengena dengan yang sudah tiada, tapi ada kena mengena dengan korang, kalau terasa aku tak nak mintak maaf.. padan muka.. 

Thursday, September 15, 2011

Kaitan Simbol T-Shirt Dengan Pemakainya..

T-Shirt Imej Kumpulan Rock / Penyanyi

  • Sama ada tak ada baju lain nak pakai, atau pun tak pernah basuh, atau pun beliau memang peminat fanatik kumpulan artis tersebut. Lantak lah dekat beliau tue.

T - Shirt Imej Pelancongan
  • Kemungkinan diberi oleh kengkawan atau sedara - sedara yang terdekat sebagai ole - ole. Kalau beli sendiri, nak menunjuk lah yang beliau pernah pergi ke tempat tue.

T-Shirt Logo Universiti
  • Nak bagi tau lah yang beliau tue pelajar universiti, rasa cam bangga jer bile pakai. Kalau aweks tengok rasa ek le sikit gamaknya.

T-Shirt Imej Iklan
  • Sah - sah dapat baju free, pakai je lah.

T-Shirt Sezen Ala Bundle
  • Rasa macam cool giler dan menunjukkan jiwa seorang yang bebas tapi masih jaga tepi kain artis tanah air.

T-Shirt Berjenama a.k.a Branded
  • Ala macam la tak tau beli Paul Smith yang tiruan punya jer. Nak merasa, beli yang original tak mampu.

Wednesday, September 14, 2011

Kiut Ke Korang Kalau Berperangai Macam Budak Kecik

Korang mungkin kiut lah masa kecik - kecik dulu. Tapi bila dah besar panjang tahap dikategori boleh khawin tue, masih kiut ker?? Antara perangai kiut tak senonoh  yang aku tahu.

  1. Suruh bos lukis simbol "Bintang" bila lepas habis semak kertas kerja, profile, usul dan segala jenis folio.
  2. Pastikan setiap kali minum kopi ke, teh ke, sirap bandung atau segala jenis minuman lain, ada macam misai kat mulut tue.
  3. Bercakap sorang - sorang. Bila orang tanya, bagitahu yang korang tengah cakap dengan orang halimunan. Lepas tue, buat muka riang - riang sambil memperkenalkan kawan korang tue.
  4. Kalau jumpa lembu tepi jalan masa tengah bawa kereta, keluarkan kepala dan jerit "MOOO" dekat lembu - lembu tue.
  5. Tidur awal pada setiap malam dan bangun awal pada setiap hujung minggu unutk tengok rancangan kartun.
  6. Beli surat khabar, cari ruangan kartun dulu untuk dibaca.

p/s : di adaptasi dari majalah terkemuka.

Tuesday, September 13, 2011

Aku Takot Darah.. (part 2)

Asalamualaikum...

Nie sambungan aku, cerita pasal aku takot darah tue.. Kali ini aku nak story pasal aktiviti aku bila balik rumah nenek aku yang tercinta nun jauh di Melaka. Nenek aku tinggal sorang - sorang jer kat rumah. Anak - anak sume termasuk mak aku yang paling bongsu duduk kat Selangor. So, bila ada kelapangan, aku dengan family aku akan balik lah kat rumah nenek aku nie.

Part yang paling best bila bapak aku suruh aku tangkap ayam, Ayam tue nenek aku bela, malam memang la duduk reban, tapi bila siang pandai pulak pergi jalan - jalan, beli choki - choki kat kedai, payah nak tangkap. Tapi aku tak tangkap la, pasal aku takot kena cakar.. (sila gelak sekarang ). Nak dijadikan cerita, ayah aku nak sembelih ayam, disebabkan aku takot darah dengan ayam tue, aku cuma ditugaskan pegang camera jer.. Fuhh nasib.. 

Mana mau lari ha!!?? Anda didakwa atas kesalahan berak kat kete aku..


Setelah Pegawai berhempas pulas menyerbu rumah ayam nie, seekor  bapa ayam berjaya ditangkap..


Hakim telah menjatuhi hukuman.. Aku hanya mampu melihat dari jauh jer.. Baju biru tue abang aku.

Ayah aku.. waahh.. sampai mati aku tak nak pegang ayam macam gitu..

Aku hanya mampu melihat dari jauh jer ape yang berlaku. Tangkap gambar pun curi - curi. Aku memang tak boleh tengok darah, lagi - lagi muka ayam tue timbul pulak rasa kesian muka seposen ayam tue menanti kena sembelih.. Dah nasib ko lah Ayemm.. Eh silap bukan Ayemm Ayam, ayam jer.. haha.. sorry zaim..

So, itu lah aktiviti aku bila balik kampung. Mesti ayah aku akan cari ayam tue nak sembelih. Ayam pun dah pandai tak balik reban, sanggup sewa hotel bajet takot kena sembelih.. hehe.. Yang aku pulak masih tak boleh hilang fobia kepada darah. Korang ada cara - cara tak macam mane nak hilang fobia tue..

 p/s : aku nak tanye pendapat korang tentang font tulisan yang aku guna nie.. Sila komen ye.. Aku terima...



Sunday, September 11, 2011

Aku Takot Darah..

Asalamualaikum..

Setiap manusia yang hidup kat dunia nie, mesti ada something yang di takotkan. Aku pon ada jugak perasaan takot, gemuruh, gelisah, fobia dekat satu benda nie. Benda yang boleh buat aku pengsan, pening lalat, pakinson, demam kura - kura dan sebagainya.

Aku takot DARAH..!! 

Korang boleh gelak kalau nak gelak. Dari kecik memang aku takot darah, orang cakap jenis yang lemah semangat. Kalau aku nampak darah mesti aku rasa loya, dan nak pitam. Yang aku tak boleh ingat sekali masa aku kecik - kecik dulu dekat kampung. Time tue mak ayah aku tak ada kat umah nenek aku, diorang pergi pasar. Jadi tinggal aku dengan abang aku jer kat umah nenek aku dekat Melaka tue.

Boring tak taw nak buat ape, aku cakap dekat abang aku, "jom main wrestling" ataupun main gusti selalu kat Tv3 ada yang cerita gaduh - gadus pakai spender jer. Macam - macam skill kitaorang buat tiru kat tv tue. Yang paling sakit sekali abang aku buat skill gini kat aku.


Korang boleh bayangkan aku dekat bawah tue, abang aku tengah bengkokkan kaki aku. Yang pengadil tue abaikan jer ye.. Pasal tak tahan sangat sakit, aku tolak kaki aku kedepan, lantas dengan semena - mena abang aku tersadung dekat bonggol batu depan lantai umah nenek aku. Abang aku menjerit nagis kuat giler, pastu bila aku tengok muka die, Ya Allah, kulit dekat kelopak mata die dah terkoyak. Aku menjerit kuat giler pasal darah menitik banyak sangat.


Aku bawak abang aku masuk bilik air takot darah meleleh jatuh dekat lantai. Abang aku dengan aku tak berhenti nagis. Pasal dah takot sangat, aku beli plaster dekat kedai runcit depan umah nenek aku. Punyalah bangang. Time nak tampal paster tue family aku balik dari pasar. Mengamok mak aku. Mak aku cabut plaster yang aku tampal tadi. Time mak aku cabut, aku dah pengsan pasal darah banyak keluar.


Sejak dari kejadian tue, sampai sekarang aku takut darah. Hatta bila time Hari Raya Haji, masa orang nak sembelih lembu, aku akan duduk jauh - jauh pasal tak nak tengok darah lembu tue dan dengar lembu tue menjerit kesakitan. Sungguh syadu rasanya. Balik kampung pun macam tue jugak, kadang - kadang bapak aku paksa aku pengang ayam pasal nak sembelih nak ajar aku tengok darah.. Nanti aku cerita benda tue kat entry akan datang ek. 

p/s : ada orang tanye, kalau takut darah, nanti malam pertama kau macam mane??? ada kene mengena ker??

Thursday, September 8, 2011

Korang percaya tak C.I.N.T.A jarak jauh???

Asalamualaikum..


Mesti korang terpikir kan nape aku buat entry C.I.N.TA nie.. Sebabnya, manusia tidak boleh lari dari perasaan cinta dan ingin disayangi. Itu adalah sifat lumrah manusia yang hidup di bumi ini.. Kalau korang dok kat planet saiya, itu lain cerita.. Jadi sebagai manusia yang normal aku jugak ingin dikasihi.. puiih punya ayat.. 


Cuma nak tanya lah, korang percaya tak cinta jarak jauh nie?? Cinta jarak jauh maksudnya, korang tak pernah jumpa langsung, cuma bercakap dalam telefon pastu mesej. Kenal lak dekat Facebook jer.. Benda tue yang berlaku dekat aku.. C.I.N.T.A jarak jauh.. Itu yang aku paham lah.. Najwa latip, buatkan aku satu lagu C.I.N.T.A JARAK JAUH.. hehe...


Benda nie berlaku dekat aku.. Aku kenal dengan budak kedah dalam tempat chatting jer.. pastu add dekat facebook.. Kawan punya kawan last - last melekat jugak.. ooiii, korang pikir ape melekat - lekat nie?? Couple da... Dan perempuan yang aku maksudkan adalah Cik Nurhayatie h..Seriesly, aku memang tak pernah jumpa die. Kitaorang cuma mesej, call, chat kat facebook, wat status gedik - gedik sikit kat facebook masing - masing.. itu jer..


Lama jugak la nak teckel die.. sampai part nie, kalau korang dah rasa bosan nak baca tak pew.. aku tak kisah.. Aku nak jumpa die lah.. Tapi nun jauh di Kedah.. Awat lah hang dok jauh sangat?? Cuba lah dok dekat - dekat sikit ka.. C.I.N.T.A jarak jauh nie betul - betul menguji kesetiaan korang dekat pasangan korang kan.. Yelah dah tak pernah jumpa,.. kalau korang tipu pasangan korang, sia - sia je kena kencing dengan korang kan.. So kena lah setia, jujur, sabar, berdedikasi, amanah, 1Malaysia..


lalink, abe tak penah jumpa u lagi lah.. hahah


Jarak antara Selangor dan Kedah umpama lautan cina selatan bagi kami ini. Betapa murni nya cinta kami..  Nak mengharung lautan berapi, ingin ku gapai bintang.. Tak - tak, masalahnya asal aku tulis ayat macam cilake je bunyiknye..


*
*
*
*
papepon.. Doa yang terbaik, jodoh, maut, di tangan Allah..

Monday, September 5, 2011

Seronoknya Aku...

Asalamualaikum..

Lama nya aku tak hupdate blog nie.. Papepon aku tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya dekat korang semua.. Best tak raya korang tahun nie.. Bagi aku raya tahun nie sama je macam raya tahun - tahun lepas..

Sebab ape???

*
*
*
*
*

Pasal raya tahun nie aku tak balik kampung, kene keje.. Sadis sungguh perasaan diri ini mendengar lagu raya di pagi aidilfitri.. Baju raya aku pun tak beli. Boleh dikatakan aku tak beli ape - ape pon tahun nie, pakai je yang tahun lepas. Pasal jenis aku memang jarang membeli belah. 


Pagi - pagi lepas pergi Solat Aidilfitri, terus balik rumah, en.Bapak dah mesej awal - awal pagi suruh basuh berak kucing kat sangkar die.. Tapi lapar punya pasal, aku start motor aku, pusing - pusing cari kedai makan. Sadis lagi, satu pon tak bukak pasal raya. Aku patah balik pergi kedai 7e beli makanan kucing, menitik air mata aku. Balik rumah cuci sangkar die. Macam cilake busuk. Taik pon dah keras - keras da.. Kalau baling pon mau koma jugak lah barang  sesaat dua.


Family aku balik dari Puasa yang ke - 28 sampai Raya yang ke -5. Aku terpaksa bertahan selama family aku kat kampung. Hari - hari magi jelah jadi peneman duka dan lara. Masuk 2 hari makan magi,mane boleh tahan. Ingat aku kat somalia ke?? Order McDonald suruh hantar datang rumah dekat sejam jugak lah aku tunggu..


Sungguh bermakna raya aku tahun ini.. Hari - hari asyik main Pes 2011.. Main tak pernah kalah asyik menang besar je.. Kalau boring sangat, pergi jalan - jalan dok usha orang jual lemang. Tak sedap langsung.. Lemang rebus, lepas tu buat - buat bakar. Macam aku tak tau... Aku harap penjual nie lebih peka sikit kehendak pelanggan macam aku nie..



p/s : Maaf lama tak hupdate blog nie.. sorry... gambar pon tak ada...