Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012.

Asalamualaikum..

Tahun baru 2011 akan berakhir tak lama lagi, dan dan Tahun baru 2012 akan menjelma. So kita check balik ada tak apa - apa azam kita yang tercapai atau tak. Aku punya azam tahun nie tak tercapai langsong pasal aku tak ada azam pape pon. Hahaha.. Aku ada list kan azam aku untuk tahun depan yakni tahun 2012.

1. Aku berazam nak jadi Hamba Allah yang lagi baik dari sebelum nie.

2. Aku berazam nak pulun betul betul belajar nanti bila aku masuk untuk sambung diploma.

3. Nak abiskan bayar duit moto aku.

4. Aku akan bersenam paling kurang seminggu sekali, tak kira cakar rimau atau lari berpagar.

5. Aku berazam nak jadi anak yang baik kepada ibu bapa aku.

6. Aku berazam nak pulaukan lelaki yang minat artis korea kat tempat aku belajar nanti.

7. Aku berazam nak hupdate blog dengan kerap tak kira walau cerita tue pasal jamban sekali pon. hahaha..

8. Aku berazam nak jadi bapa yang baik kepada anak anak aku. *tetiba..

p/s : itu jelah azam aku.. Azam aku nie tak ada kena mengena dengan Mohd Azam pon.. haha.. lawak kan macam cilake.. Okay.. Jumpa tahun depan..

Wednesday, December 28, 2011

Kotak pensil aku..

Benda yang aku ingat masa kat sekolah dulu adalah berkenaan pasal Kotak pensil atau Pencil Box. Nampak macam sama kan, tapi banyak kenangan pasal benda nie. First2 masuk sekolah mestilah semua bebudak benda nak mahal,bau kedai, baru akan dipandang tinggi, budak miskin di perkotak katik macam aku. Kotak pencil aku cuma bertahan sampai 5 bulan je kat sekolah, lepas tue macam biase lah, ada yang hilang, kadang kadang mak aku tanya, pergi mana kotak pencil aku, aku cakap bagi kawan, sungguh banggang betul aku masa tue.



Yang bebudak pompuan lak, mesti ada gambar teddy bear lah. ada gambar anak patung lah, tapi law bebudak laki pulak, gambar power ranger da boleh bangga da, tapi law jenis anak orang kaya, jenis 2 tingkat  punya. Ceh beli kat mydin jugak.. Tapi ada satu benda yang aku boleh jadikan kotak pensil, mungkin zaman sekarang tak ada kot orang buat macam nie, guna Kotak tape. Kotak tape nie wujud sebelum kewujudan   cd / dvd.

Lebih kurang macam nie lah, kotak die jer, dulu kat rumah aku banyak benda nie, tapi sekarang dah tak ada. Aku akan cari cerita yang bapak aku dah tak tengok lagi. Beli stiker kat kedai mamak, tampal dah siap kotak pensil aku. hehe.. Tapi sayang, sekarang benda macam nie dah tak ada lagi, bebudak sekarang lebih kepada yang mahal - mahal kot. Betapa cepat zaman berubah. Tak best nya bebudak zaman sekarang. hehe..

Sunday, December 25, 2011

Aktiviti Paranormal


Asalamualaikum..

Lama tak hupdate entry kat blog nie, pasal aku bz dan tangan malas nak menaip kerana kesihatan tak mengizinkan.. hehe.. Okay, benda yang aku nak story kat korang adalah, malam semalam aku dengan member aku ada ikut team Wujud (Paranormal Team) pergi jalan - jalan makan angin dekat kubur mangsa 13 Mei dengan kubur Orang islam.

Lokasi tempat tue berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh. Korang jalan terus je ikot depan hospital, lepas tue jumpa masjid. Rasanya dekat - dekat area situ kot. Kitaorang dari team Klang tak dapat ikut sekali masa diorang pergi dekat kubur cina tue pasal sesat. Salah info, patut pergi kat Sugai buloh tapi pergi kat sungai besi. Maaf bro tunggu kitaorang.. hehe.. Kitaorang just pergi dekat kubur orang islam jer..

ada satu pondok kat sini, seram..













Gambar yang dekat atas tue kawasan kitaorang pergi. Memang seram jugak lah, tapi mungkin nak ada pembangunan kot pasal tengok dah tambah pasir banyak,tak tau lah. Tujuan kitaorang jugak pergi tempat tue, untuk timbulkan keinsafan dekat diri sendiri yang kita pun akan mati jugak satu hari nanti.

Itu je yang yang ada pun, tak banyak sangat gambar aku amik.. sorry.. Masa ini aku demam dan hujan pun turun renyai - renyai gitu. So kitaorang pergi dekat satu lokasi kat area damansara tak silap aku. Yang cerita pasal ada pelajar hilang tue, tapi tak boleh masuk pasal aku rasa tuan tanah tue dah pasang zink tak bagi orang masuk.Pape pun brader - brader Wujud (Paranormal Team) memang sporting habis. Yelah mula - mula jumpa aku takut - takut gak nak tegur kan, muka sorang - sorang ganas je. Terpikir gak dalam hati, "muka orang cari hantu memang macam nie ker??" tapi time lepak ramai - ramai kat kedai makan, baru tau,korang memang sporting.

Link Facebook : Wujud (Paranormal Team)

p/s : sorry tak dapat bergambar ramai - ramai dengan brader - brader semua, ada masa lain kali kita jumpa lagi bro..

Wednesday, December 21, 2011

Imaginasi aku masa nak lelap mata.

Berikut adalah imaginasi aku sebelum aku lelap mata..

1. Aku seorang anak datuk yang hot kat kolej.
                                                                                        
2. Aku jadi power ranger selamatkan mangsa banjir. 


3. Aku jadi askar, penembak tepat.


4.  Aku jadi seorang drummer, pemain gitar pastu buat - buat main gitar sampai lenguh tangan.


5. Aku dapat Rm 1 juta dan perlu dihabiskan dalam masa 24 jam.


6. Ramai artis tergila gila dekat aku tapi aku tak layan sorang pon.


7. Aku bawak Ferari pastu sedekah dekat mat rempit.


Dan aku tahu itu semua imaginasi aku je nak bagi mata aku ngatok. dan bila bangun pagi semua tue ilang, fuuuuuuccccc...

Sunday, December 11, 2011

Selamat Hari Lahir Muhammad Shahbri



Alhamdulillah, tepat jam 12 malam tadi, maka dengan ini genaplah umur aku 20 tahun.. Muda lagi diri ini kurasakan. hehe.. Syukur kepada Allah s.w.t yang memberi nyawa dan kehidupan untuk meneruskan kehidupan ini sebagai hambanya di muka bumi ini... Amin..

Lamanya aku tak hupdate blog nie, rindu pulak tangan nak menaip. Tapi tak ada kesempatan. Pada yang da follow blog aku nie, terima kasih banyak banyak ye, nanti aku follow korang balik tau. Sebenarnya tak ada apa sangat pon aku nak taip nie, cuma nak wish birthday dekat diri sendiri jer.. hahahhaha.... Selamat Hari Jadi Shahbri..Aku harap semoga aku sihat walafiat untuk menjadi terus menjadi hambaNya dan semoga cita cita aku nak sambung belajar akan tercapai tahun depan... InsyAllah..

p/s : sape2 yang duduk dekat selangor, isnin aku bagi cuti,tak payah kerja.. hahah...

Friday, November 25, 2011

Pengaruh Filem "Aku Bukan Tomboy"

Fuhh.. penatnya lepas 1 hari keje start dari pukul 9 pagi sampai 9 pagi,so maknanya 24 jam kan.. susah jugaknya nak cari duit pergi sambung belajar.. tapi tak pelah "Usaha tangga kejayaan"

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Benda yang aku nak story dengan korang semua adalah pengaruh filem dalam masyarakat melayu. Skrip2 yang mengarut2 tue, banyak di ucap oleh budak2 zaman yang baru nak naik taktala baru mengenal erti laman sesawang, internet dan beronani.. hahaha...

Pengaruh nie bermula dari rumah aku lagi, taktala aku menegur adik aku yang berumur 8 tahun suruh kunci balik basikal lepas main.

Aku : "wei asal ko tak kunci basikal tue balik lepas main??"

Adik : "Ek eleh ko poyo lah.."

Aku : "ape poyo - poyo??"

Adik : "EK ELEH LU CAKAP BANYAK LAK, KANG LU GUA SEBAT DEPAN BELAKANG LAK   BRO.."


Trailer Aku Bukan Tomboy

Jawab adik aku sambil berlari kegembiraan, aku ternganga je dengar pengaruh ayat filem "Aku bukan Tomboy" berleluasa kat rumah aku.. Adakah ini peranan fremanson, peranan rosmah, undi pilihanraya?? Apakah ini??

Sunday, November 20, 2011

Berbeza dulu, kini, dan selamanya..

Asalamualaikum..

Pagi tadi aku bangun awal sikit, al maklumlah, tidoq pun awal jugak,hehe.. Boring tak ada cerita best pagi2 buta nie, tukar2 channel ada pulak keluar cerita kartun pasal DRAGON BALL, ala yang kumpul tujuh biji mutiara naga tue, sape yang tak tau pergi masuk dalam perut ibu korang balik pastu beranak balik.. hahahha..,



Bila aku tengok cerita kartun tue, aku terkenang balik masa aku kecik2 dulu.. memang heaven la beb.. Tak macam budak2 sekarang semua dah berteknologi tinggi. Contohnya macam adik aku, die mana pandai main permainan kampung yang die tau, Angry bird, Call of duty, Transformer dan macam2 game komputer zaman sekarang. Budak2 sekarang ini akan lupe betapa bestnya main baling selipar, pistol kayu,main bola ramai2, main tepuk kad, beli stiker pokemon pastu tampal kat buku.. Memang best giler..


Kalau kat tempat aku sebelum aku pindah Klang, memang aku duduk dekat kawasan kampung, so bila nak main layang2 die ada ikut musim jugak, kalau tak korang main la sorang2 kena pinggir, cis tak demokrasi langsung. Contohnya macam main pistol kayu, korang kena ada getah, penyepit baju dan buah ceri.. Penyepit baju tue guna untuk tahan buah ceri tue pasal getah akan  tarik buah tue. so bila da tiba musim main pistol kayu, aku akan cari kayu pastu suruh bapak aku buat sebijik macam senapang. Ini tak langsung menaikan semangat darah perjuangan Leftenan Adnan.. heheh



 



Dan benda paling terbaik adalah  Game Tape, pasal guna tape jer, game pun bodoh2 jer, Mario,Supercontra, hehe..


Sunday, November 13, 2011

Memujuk Awek Cara Psiko



  • Mengupah Tok Bomoh "celup" meperasap kemenyan depan rumah makwe korang

  • Bagi nota yang seekor semut yang tidak berdosa akan dikorbankan setiap minit

  • Menculik mak abahnya kalau nak selamat berenti merajuk

  • Ajak kengkawan berkhemah depan rumahnya

  • Bagi jam tangan berjenama made in Petaling Street 


P/S : lama tak update.. sibuk skung cari duit nak bayar yuran belajar.. sob,sob... 



Saturday, November 5, 2011

KPTM VS UNIKL

UNIKL

KPTM



Tujuan aku masukkan gambar nie bukan sebab nak Menunjuk - nunjuk, riak, takbur, berhidung besar, sombong, aku sorang je pandai, bukan - bukan itu niat aku. Cuma aku tengah konfius nak pilih tempat belajar yang mana satu??? Pinjaman dekat KPTM cuma lebih kurang 30 ribu, tapi dekat UNIKL lebih kurang 51 ribu.. Adoi..

Wednesday, October 26, 2011

Aku Sibuk..!!


Asalamualaikum..

Yeahh, Hapi Depavali kepada semua orang india yang ada kat Malaysia nie,pasal cuti nie lah aku dapat update blog yang telah sekian lamanya menyepi di arena persada Blog tanah air.. Heheh.. Lama jugaklah aku tak update blog nie pasal kerja kat tempat baru tue, Nak menyesuaikan diri dengan tempat kerja baru nie, makan masa gak,. Masuk kerja pagi balik pagi gak, wah terasa macam lembu pun ada, tapi nak buat macam mane, cari rezeki kan,terima jelah.

Ada satu perangai orang kat tempat kerja nie yang aku perhati dari dulu lagi kalau aku mula masuk kerja ialah, sikap orang yang suka jatuhkan orang lain. Bile dok sembang dengan die, die akan kasi tahu "jaga dengan si polan tue, die kepala angin", "argh budak tue tak boleh pakai tue,", "ala budak tue cakap je lebih",lepas tue bila jumpa orang lain, die akan jatuhkan orang tue pulak padahal orang yang die cakap tue satu tempat kerja, asal ko tak cakap kat depan - depan terus, mengapa mesti cakap belakang - belakang.  Aku dah buat kajian dah, mana - mana tempat kerja mesti ada budaya macam nie, suka jatuhkan orang dari belakang,

Buat masa sekarang nie,tempat kerja aku tue, Alhamdulillah tak ada masalah sangat,cuma kerja over time jer yang tak larat. Kekadang sampai kul  2 - 3 pagi baru balik, pastu esok sambung kerja. Bila balik pagi - pagi macam tue, mood nak bukak blog nak baca pun tak ada, cuma harap orang komen jer entry aku,hehe.. Nak blogwalking ape tah lagi, memang tak ada masa. Nasib cuti Deepavali macam nie.


p/s: lama lagi lah jawabnya nak update blog.


Thursday, October 13, 2011

Menunggu Hari

Asalamualaikum..

Hmm... Bosannya hidup.. Nak menunggu hari sabtu nie, masuk kerja baru. Aku benti awal kat tempat kerja lama aku tue pasal dapat kerja baru, 15Hb nie masuk. So, disebabkan nak menunggu masa tue tiba, aku isi masa lapang aku dengan bangun lewat, online Facebook, baca luahan hati manusia yang tak cukup kasih sayang kat Facebook tue, amik, hantar adik aku balik sekolah, kacau orang, pasang lagu kuat - kuat, hina artis korea. Wahh.. sungguh berwawasan hidup ini daku rasakan.

Aku harapkan kat tempat kerja baru aku tue, adalah manusia yang baik hati sudi mengajar aku, bimbing aku. Tak nak lah brader - brader yang garang - garang ajar aku. Aku dah lah satu jer dalam dunia nie, kalau ada kembar tue,lantak lah. Masa interview tue ada gak 2 - 3 gadis senyum sinis dekat aku. Aku balas balik dengan renungan tajam.. Oh shit..!! fokus balik..!!

Mula - mula masuk kerja, kalau manusia normal, mestilah ada perasaan malu - malu lembu bagai. betol dak?? Samelah macam aku nie. Aku tengah pikir macam mane nak berhadapan dengan staff lama kat situ. Mesti diorang akan memandang sinis, enteng kepada diriku yang tak ubah seperti budak yang jaga karaoke jamban cuma.. Grrr.. itu cuma khayalan semata - mata..

Abang aku cakap dekat aku, suruh aku keje 2 tahun,pastu tue kalau aku nak sambung belajar, sambung lah,die boleh tanggung. Buat masa sekarang tak boleh lagi pasal abang aku tengah belajar kat UIA. Jadi aku kena tanggung family aku dulu. Tapi masalahnya kalau dah tinggalkan buku dekat 2 tahun, boleh ker aku ngadap buku, assigment, practical, warden tue balik??? Nie sume bala nie bala..

Monday, October 10, 2011

Ciri ciri roomate yang MENCURIGAKAN..!!!!!

Perhati betul - betul perangai roomate korang tue, takot takot buat perangai pelik kat korang pulak. tak ke naya. Nie buat sape - sape yang duduk kat  dorm, rumah sewa, rumah panjang, rumah urut, rumah kebajikan, rumahku syurgaku. Hati - hati.. hehehe...

*
*
*
*
*
*
*

1. Memiliki alatan pembedahan yang tak ade kene mengena dengan karier beliau.

2. Memiliki satu tong cecair asid dalam bilik die tanpa ketahuan ape kegunaanya.

3. Die selalu tanye korang nak dikebumikan kat mana bile mati.??

4. Biliknya bau semacam atau pelik macam bau formalin atau bahasa senangnya bau macam kat hospital.

5. Nampak patung yang sudah dikerat - kerat dan dijahit balik.

6. Korang terperasan gambar korang terselit antara puluhan gambar yang lain, antaranya sudah dipangkah.

7. Die selalu tenung muka korang lama - lama dan cakap "tak lama lagi, tak lama lagi"

Friday, October 7, 2011

Tips Nak Tenangkan Perasaan Family Bila Kantoi Fail Exam


1. Pikirkan pasal adik beradik korang yang tak berapa pandai, jadi tak ada lah rasa teruk sangat tapi sekiranya korang anak tunggal atau paling ngok, tak dapat nolong la.

2. Buat permintaan kat mak ayah untuk penuhi permintaan korang kalau lulus cemerlang, mesti diaorang tak berapa kisah kalau tak berapa lulus.

3. Bagi tahu dekat mak ayah tentang Thomas Edison, Soichiro Honda, Walt Disney, Amir Raja lawak yang tak berjaya dalam bidang akademik tapi boleh jadi kaya raya dan terkenal

4. Kumpul keratan surat khabar tentang pelajar bunuh diri pasal tertekan tak dapat lulus exam. Tampal kat bilik korang dan tenung lama - lama. Pastikan mak ayah korang perasan.

5. Practice berada di tempat tinggi dan bagi tahu dekat family korang yang korang teringin pergi KB MALL lepas jawab exam.

6. Katakan pada mak ayah korang yang korang lebih berbakat dalam bidang nyanyian, gerenti mak ayak korang hapi giler dan lupa pasal exam yang teruk tue.

7. "Gagal sekali bukan gagal selama - lamaya.." ucap dekat family korang masa korang dapat keputusan yang teruk nanti.

Sunday, October 2, 2011

Oh tidak, Aku anak jawa..

Benda ini pun baru aku tahu dekat Mr.Bapak kelmarin lepas. Die yang ceritakan sejarah Mr.Atok dekat aku.Cerita punya cerita baru aku tahu yang aku nie ada darah keturunan wak - wak jawo, hahah. Dekat tempat keje aku ada sorang kawan aku nie, orang jawe, so bila borak dengan die, rasa macam best lak dengar die ngomong jawe. Macam tengah berdebat pun ada bila cerita dengan die.. hahha..

Mr.Bapak cerita pasal sejarah atok aku yang beliau nie datang dari Indonesia. Time tue jepun tangkap atuk aku suruh jadi otromen, eh silap, bukan. Suruh kerja buat rel keretapi. Lepas tue, bila jepun kalah perang, british pulak tangkap atok aku jadi tukang kebun kat ladang die. So pengalaman kerja atok aku nie banyak lah, pernah kerja dengan Yamaha (Jepun), lepas tue kerja dengan Facebook (British). Okay aku merepek. Aku nak tanya kat bapak aku, kita ada sedara tak kat Indonesia??  Kumpulan Dewa ke, Irwanshah ke, Mak Lampir ke..

Atok aku nie duduk dekat Perak, tempat kelahiran Mr.Bapak. So aku dari kecik tak pernah tengok wajah atok aku. Hensem ke tak, ada ala - ala macam K-Pop ke, mane lah tahu kan. Jadi secara lumrahnya, bila atok aku jawa,mesti aku kena tahu sikit - sikit cakap jawa. Masalah nya cakap jawa aku langsong tak pandai. Mr.Bapak pon same. Tak pandai cakap jawa..

Aku terpikir, bila aku ada darah orang jawa, perlukah aku menyokong Team Indonesia bila lawan dengan Malaysia, Perlukah aku menonton sinetron hari - hari?? Perlukah aku download lagu - lagu agnes monica bila aku ada darah jawa?? Oh tidak sama sekali. .. Disebabkan aku tak reti nak cakap jawa, ada sape - sape tak boleh tolong aku ajar cakap jawa..


klik untuk tumbesaran..


p/s : aku tiru ayemm ayam ker??? hahah... brithday same, jawa lak.. cilake..

Monday, September 26, 2011

Aku nak Nagis...

Sedih, Sedih, Sedih.. Kadang - kadang hidup kita di uji dengan benda - benda yang kita tak jangka. So, kena lah hadapi dengan sabar. Betul tak?? Aku tak dapat pergi majlis Graduasi atau Majlis Konvokesyen baru - baru nie. Adalah masalah family sikit. Pergh terasa beb tengok member semua pakai jubah siap tag lagi masuk Facebook. Fakk..!! Nak nagis aku tengok. Kenapa lah aku tak dapat pergi kan. Aku bukan tak dapat pergi sebab aku gagal ke ape, soory sikit. Pointer aku 3.24.. hehe..

Dah lah tak dapat pergi, disebabkan tension, malam tue ada game bola, Chelsea main. Lawan dengan Manchester United. Aku harap boleh menang walaupun aku tahu agak mustahil. Fak lagi sekali, kalah 3-1.. Sedih lagi.. Member aku ketawa jer tengok aku jerit tengah tengah malam maki si Torres bangang tue. Dah lah tak dapat pergi konvo, chelsea kalah.. Mau tak menangis air mata darah aku malam tue.

Dengan rasa berat hati aku tinggalkan rumah member aku, nak balik dalam pukul 1 pagi kot game tue habis. Tengah syok naik motor, aku rasa motor aku berat. Tak kan hantu bonceng tumpang motor aku.Kalau ditumpang mau makan penampar kot. Dah lah aku tengah tension. Berenti kejap kat tepi, motor aku tayar bocor daa.. Pukul 1 pagi.. Korang bayangkanlah. Aku nak rasa jerit je kat tepi jalan tue. ARGGGGHHHHHH..!!!!!!!!!!!!!!! Tapi aku jerit dalam hati je, takot di cop orang gila lak..

Tinggal lah aku sorang - sorang menolak motor pergi dekat stesen minyak. Pam - pam tak naik. Menitik air mata aku tengok tayar motor aku. Macam paham - paham kan dikau wahai cik motor. Tengah malam mane ada kedai motor bukak?? Nak tak nak aku terpaksa lepak kat stesen minyak ditemani dengan mat bangla. 
 So hari tue memang hari malang bagi aku, Tak dapat pergi konvo, motor aku pancit, yang paling sadis Chelsea kalah...

p/s : entry ini pendek je, aku tengah bersedih lagi.. sorry..

Tuesday, September 20, 2011

Ape Yang Aku Buat Bile Keluar Gaji..

1. Bayar duit motor

2. Beli topup RM10

3. Servis motor

4. Lepak Kedai makan

5. Beli majalah Ujang

6. Simpan Rm100 kat bank

7. Bagi mak aku

8. Beli apa yang aku idam -idamkan dekat 7e

9. Kalau aku dapat gaji hari jumaat, sedekah sikit kat surau.

10. Jalan - jalan dekat Jusco, sambil tengok jersi Chelsea, tapi tengok je..

11. Pergi kedai handphone, belek - belek handphone, mane tahu tergerak nak beli.

12. Beli makanan bawak balik rumah, makan dengan family ramai- ramai

13. Bayar duit kutu

14. Belagak depan adik aku

15. Periksa buku 555 kalau ada hutang yang perlu dilangsaikan

Monday, September 19, 2011

Patut Ke Aku Rasa Macam Pendatang??

Diulangi sekali lagi "PATUT KE AKU RASA MACAM PENDATANG??"  Macam yang korang tahu, Negeri Selangor umpama lubuk emas untuk manusia berkerja dan mencari rezeki. Semakin banyak kilang dibuka di sana sini, "Apa kejadahnya semua ini?? di mana pihak berkuasa??" Eh, ape aku ngarut nie?? Dan semakin banyak warga asing yang berkerja dan datang ke Selangor. Kalau yang datang cari rezeki tak pelah, merantau tempat orang tapi kalau yang datang nak mencari rezeki sambil cari pasal, memang lahanat la citernya..

Aku rasa tak payah cerita pasal orang dari Bangla, Nepal, Vietnam, India mari, atau yang sama waktu denganya.Warganegara Malaysia gak, tapi datang dari luar semenajung lah. Jenis duduk dalam hutan, datang selangor dah macam beruk tak pernah jumpa pisang gamaknya. Korang nak marah, marahlah, aku tak kisah, Blog aku okay..!! 

Tahap kecipanan puak - puak nie bile datang Selangor, adui.. Law datang cari rezeki tak pelah kan. Tapi ko datang Negeri aku, nak buat macam negeri ko yang dalam hutan tue, baik tak payah lah. Kenapa aku perlu rasa macam pendatang bile aku nak balik rumah?? Bile aku nak keluar rumah?? Tahulah puak puak ko ada kat kawasan rumah aku. Kalau korang taw kat Flat Bukit Tinggi, Selangor.

Kawasan rumah aku bukan dipenuhi dengan Warga asing, tapi warga Malaysia yang berperangai lebih teruk dari Pendatang Haram..!! Aku memang anti dengan puak - puak nie.. 

Contohnye, taw lah tempat ko pendalaman kan, tak payahlah ko datang sini, nak rosakkan telefon awam,peti surat rumah aku. Aku rasa tempat ko, mesti kawan dengan beruk dan tapir kan kan.. Bile korang mabuk, lepas tue bergaduh dengan puak korang sendiri. Tak ke bodoh namanye?? Yang paling aku tak boleh ingat sekali, masa aku nak sampai kat tempat kerja aku, aku nampak ada budak lebih kurang umur belasan tahun gak, tengah sedap hidu gam. Budak pendatang tue lah. Punya lah teruk. Korang nie macam tak ada maruah ker??? Umur baru belasan tahun, ko nak tunjuk belagak ko..!!

Aku nak nasihat dekat Puak - puak luar semenanjung nie, korang kalau nak datang cari rezeki, carilah. Bumi Allah nie luas, tapi jangan buat Negeri aku nie macam Negeri korang yang kuno tue okay..!! Merantau buat cara merantau. Senang.. Tak payah nak jeling - jeling, sound - sound bile kitaorang buat bising ke, lepak ramai - ramai ke kat kedai makan,  ini Negeri aku okay..!!

p/s: okay, dah puas aku marah. Entri ini tiada kene mengena dengan yang sudah tiada, tapi ada kena mengena dengan korang, kalau terasa aku tak nak mintak maaf.. padan muka.. 

Thursday, September 15, 2011

Kaitan Simbol T-Shirt Dengan Pemakainya..

T-Shirt Imej Kumpulan Rock / Penyanyi

  • Sama ada tak ada baju lain nak pakai, atau pun tak pernah basuh, atau pun beliau memang peminat fanatik kumpulan artis tersebut. Lantak lah dekat beliau tue.

T - Shirt Imej Pelancongan
  • Kemungkinan diberi oleh kengkawan atau sedara - sedara yang terdekat sebagai ole - ole. Kalau beli sendiri, nak menunjuk lah yang beliau pernah pergi ke tempat tue.

T-Shirt Logo Universiti
  • Nak bagi tau lah yang beliau tue pelajar universiti, rasa cam bangga jer bile pakai. Kalau aweks tengok rasa ek le sikit gamaknya.

T-Shirt Imej Iklan
  • Sah - sah dapat baju free, pakai je lah.

T-Shirt Sezen Ala Bundle
  • Rasa macam cool giler dan menunjukkan jiwa seorang yang bebas tapi masih jaga tepi kain artis tanah air.

T-Shirt Berjenama a.k.a Branded
  • Ala macam la tak tau beli Paul Smith yang tiruan punya jer. Nak merasa, beli yang original tak mampu.

Wednesday, September 14, 2011

Kiut Ke Korang Kalau Berperangai Macam Budak Kecik

Korang mungkin kiut lah masa kecik - kecik dulu. Tapi bila dah besar panjang tahap dikategori boleh khawin tue, masih kiut ker?? Antara perangai kiut tak senonoh  yang aku tahu.

  1. Suruh bos lukis simbol "Bintang" bila lepas habis semak kertas kerja, profile, usul dan segala jenis folio.
  2. Pastikan setiap kali minum kopi ke, teh ke, sirap bandung atau segala jenis minuman lain, ada macam misai kat mulut tue.
  3. Bercakap sorang - sorang. Bila orang tanya, bagitahu yang korang tengah cakap dengan orang halimunan. Lepas tue, buat muka riang - riang sambil memperkenalkan kawan korang tue.
  4. Kalau jumpa lembu tepi jalan masa tengah bawa kereta, keluarkan kepala dan jerit "MOOO" dekat lembu - lembu tue.
  5. Tidur awal pada setiap malam dan bangun awal pada setiap hujung minggu unutk tengok rancangan kartun.
  6. Beli surat khabar, cari ruangan kartun dulu untuk dibaca.

p/s : di adaptasi dari majalah terkemuka.

Tuesday, September 13, 2011

Aku Takot Darah.. (part 2)

Asalamualaikum...

Nie sambungan aku, cerita pasal aku takot darah tue.. Kali ini aku nak story pasal aktiviti aku bila balik rumah nenek aku yang tercinta nun jauh di Melaka. Nenek aku tinggal sorang - sorang jer kat rumah. Anak - anak sume termasuk mak aku yang paling bongsu duduk kat Selangor. So, bila ada kelapangan, aku dengan family aku akan balik lah kat rumah nenek aku nie.

Part yang paling best bila bapak aku suruh aku tangkap ayam, Ayam tue nenek aku bela, malam memang la duduk reban, tapi bila siang pandai pulak pergi jalan - jalan, beli choki - choki kat kedai, payah nak tangkap. Tapi aku tak tangkap la, pasal aku takot kena cakar.. (sila gelak sekarang ). Nak dijadikan cerita, ayah aku nak sembelih ayam, disebabkan aku takot darah dengan ayam tue, aku cuma ditugaskan pegang camera jer.. Fuhh nasib.. 

Mana mau lari ha!!?? Anda didakwa atas kesalahan berak kat kete aku..


Setelah Pegawai berhempas pulas menyerbu rumah ayam nie, seekor  bapa ayam berjaya ditangkap..


Hakim telah menjatuhi hukuman.. Aku hanya mampu melihat dari jauh jer.. Baju biru tue abang aku.

Ayah aku.. waahh.. sampai mati aku tak nak pegang ayam macam gitu..

Aku hanya mampu melihat dari jauh jer ape yang berlaku. Tangkap gambar pun curi - curi. Aku memang tak boleh tengok darah, lagi - lagi muka ayam tue timbul pulak rasa kesian muka seposen ayam tue menanti kena sembelih.. Dah nasib ko lah Ayemm.. Eh silap bukan Ayemm Ayam, ayam jer.. haha.. sorry zaim..

So, itu lah aktiviti aku bila balik kampung. Mesti ayah aku akan cari ayam tue nak sembelih. Ayam pun dah pandai tak balik reban, sanggup sewa hotel bajet takot kena sembelih.. hehe.. Yang aku pulak masih tak boleh hilang fobia kepada darah. Korang ada cara - cara tak macam mane nak hilang fobia tue..

 p/s : aku nak tanye pendapat korang tentang font tulisan yang aku guna nie.. Sila komen ye.. Aku terima...



Sunday, September 11, 2011

Aku Takot Darah..

Asalamualaikum..

Setiap manusia yang hidup kat dunia nie, mesti ada something yang di takotkan. Aku pon ada jugak perasaan takot, gemuruh, gelisah, fobia dekat satu benda nie. Benda yang boleh buat aku pengsan, pening lalat, pakinson, demam kura - kura dan sebagainya.

Aku takot DARAH..!! 

Korang boleh gelak kalau nak gelak. Dari kecik memang aku takot darah, orang cakap jenis yang lemah semangat. Kalau aku nampak darah mesti aku rasa loya, dan nak pitam. Yang aku tak boleh ingat sekali masa aku kecik - kecik dulu dekat kampung. Time tue mak ayah aku tak ada kat umah nenek aku, diorang pergi pasar. Jadi tinggal aku dengan abang aku jer kat umah nenek aku dekat Melaka tue.

Boring tak taw nak buat ape, aku cakap dekat abang aku, "jom main wrestling" ataupun main gusti selalu kat Tv3 ada yang cerita gaduh - gadus pakai spender jer. Macam - macam skill kitaorang buat tiru kat tv tue. Yang paling sakit sekali abang aku buat skill gini kat aku.


Korang boleh bayangkan aku dekat bawah tue, abang aku tengah bengkokkan kaki aku. Yang pengadil tue abaikan jer ye.. Pasal tak tahan sangat sakit, aku tolak kaki aku kedepan, lantas dengan semena - mena abang aku tersadung dekat bonggol batu depan lantai umah nenek aku. Abang aku menjerit nagis kuat giler, pastu bila aku tengok muka die, Ya Allah, kulit dekat kelopak mata die dah terkoyak. Aku menjerit kuat giler pasal darah menitik banyak sangat.


Aku bawak abang aku masuk bilik air takot darah meleleh jatuh dekat lantai. Abang aku dengan aku tak berhenti nagis. Pasal dah takot sangat, aku beli plaster dekat kedai runcit depan umah nenek aku. Punyalah bangang. Time nak tampal paster tue family aku balik dari pasar. Mengamok mak aku. Mak aku cabut plaster yang aku tampal tadi. Time mak aku cabut, aku dah pengsan pasal darah banyak keluar.


Sejak dari kejadian tue, sampai sekarang aku takut darah. Hatta bila time Hari Raya Haji, masa orang nak sembelih lembu, aku akan duduk jauh - jauh pasal tak nak tengok darah lembu tue dan dengar lembu tue menjerit kesakitan. Sungguh syadu rasanya. Balik kampung pun macam tue jugak, kadang - kadang bapak aku paksa aku pengang ayam pasal nak sembelih nak ajar aku tengok darah.. Nanti aku cerita benda tue kat entry akan datang ek. 

p/s : ada orang tanye, kalau takut darah, nanti malam pertama kau macam mane??? ada kene mengena ker??

Thursday, September 8, 2011

Korang percaya tak C.I.N.T.A jarak jauh???

Asalamualaikum..


Mesti korang terpikir kan nape aku buat entry C.I.N.TA nie.. Sebabnya, manusia tidak boleh lari dari perasaan cinta dan ingin disayangi. Itu adalah sifat lumrah manusia yang hidup di bumi ini.. Kalau korang dok kat planet saiya, itu lain cerita.. Jadi sebagai manusia yang normal aku jugak ingin dikasihi.. puiih punya ayat.. 


Cuma nak tanya lah, korang percaya tak cinta jarak jauh nie?? Cinta jarak jauh maksudnya, korang tak pernah jumpa langsung, cuma bercakap dalam telefon pastu mesej. Kenal lak dekat Facebook jer.. Benda tue yang berlaku dekat aku.. C.I.N.T.A jarak jauh.. Itu yang aku paham lah.. Najwa latip, buatkan aku satu lagu C.I.N.T.A JARAK JAUH.. hehe...


Benda nie berlaku dekat aku.. Aku kenal dengan budak kedah dalam tempat chatting jer.. pastu add dekat facebook.. Kawan punya kawan last - last melekat jugak.. ooiii, korang pikir ape melekat - lekat nie?? Couple da... Dan perempuan yang aku maksudkan adalah Cik Nurhayatie h..Seriesly, aku memang tak pernah jumpa die. Kitaorang cuma mesej, call, chat kat facebook, wat status gedik - gedik sikit kat facebook masing - masing.. itu jer..


Lama jugak la nak teckel die.. sampai part nie, kalau korang dah rasa bosan nak baca tak pew.. aku tak kisah.. Aku nak jumpa die lah.. Tapi nun jauh di Kedah.. Awat lah hang dok jauh sangat?? Cuba lah dok dekat - dekat sikit ka.. C.I.N.T.A jarak jauh nie betul - betul menguji kesetiaan korang dekat pasangan korang kan.. Yelah dah tak pernah jumpa,.. kalau korang tipu pasangan korang, sia - sia je kena kencing dengan korang kan.. So kena lah setia, jujur, sabar, berdedikasi, amanah, 1Malaysia..


lalink, abe tak penah jumpa u lagi lah.. hahah


Jarak antara Selangor dan Kedah umpama lautan cina selatan bagi kami ini. Betapa murni nya cinta kami..  Nak mengharung lautan berapi, ingin ku gapai bintang.. Tak - tak, masalahnya asal aku tulis ayat macam cilake je bunyiknye..


*
*
*
*
papepon.. Doa yang terbaik, jodoh, maut, di tangan Allah..

Monday, September 5, 2011

Seronoknya Aku...

Asalamualaikum..

Lama nya aku tak hupdate blog nie.. Papepon aku tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya dekat korang semua.. Best tak raya korang tahun nie.. Bagi aku raya tahun nie sama je macam raya tahun - tahun lepas..

Sebab ape???

*
*
*
*
*

Pasal raya tahun nie aku tak balik kampung, kene keje.. Sadis sungguh perasaan diri ini mendengar lagu raya di pagi aidilfitri.. Baju raya aku pun tak beli. Boleh dikatakan aku tak beli ape - ape pon tahun nie, pakai je yang tahun lepas. Pasal jenis aku memang jarang membeli belah. 


Pagi - pagi lepas pergi Solat Aidilfitri, terus balik rumah, en.Bapak dah mesej awal - awal pagi suruh basuh berak kucing kat sangkar die.. Tapi lapar punya pasal, aku start motor aku, pusing - pusing cari kedai makan. Sadis lagi, satu pon tak bukak pasal raya. Aku patah balik pergi kedai 7e beli makanan kucing, menitik air mata aku. Balik rumah cuci sangkar die. Macam cilake busuk. Taik pon dah keras - keras da.. Kalau baling pon mau koma jugak lah barang  sesaat dua.


Family aku balik dari Puasa yang ke - 28 sampai Raya yang ke -5. Aku terpaksa bertahan selama family aku kat kampung. Hari - hari magi jelah jadi peneman duka dan lara. Masuk 2 hari makan magi,mane boleh tahan. Ingat aku kat somalia ke?? Order McDonald suruh hantar datang rumah dekat sejam jugak lah aku tunggu..


Sungguh bermakna raya aku tahun ini.. Hari - hari asyik main Pes 2011.. Main tak pernah kalah asyik menang besar je.. Kalau boring sangat, pergi jalan - jalan dok usha orang jual lemang. Tak sedap langsung.. Lemang rebus, lepas tu buat - buat bakar. Macam aku tak tau... Aku harap penjual nie lebih peka sikit kehendak pelanggan macam aku nie..



p/s : Maaf lama tak hupdate blog nie.. sorry... gambar pon tak ada...

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum...

Fuhh, rasanya ini pertama kali aku bagi salam dekat blog aku nie.. heheh..Sedar tak sedar dah nak raya dah kan. Amacam korang?? Puasa penuh tak tahun nie..?? Kalau perempuan pastinya tak cukup sebulan kan. Kalau lelaki berpewatakan wanita tak ada alasan untuk tidak berpuasa penuh.. Betul tak???

Di hari yang mulia ini, aku pohon kemaafan dekat korang semua andai selama aku tulis entry ini ada yang buat korang tak suka, sakit hati, mencik mencik dengan aku ke, aku mintak maaf sangat ye. Aku manusia tak lari dari kesilapan ye. Papepon, terima kasih kepada korang yang sudi baca blog aku nie ye.. Thankz. Akhir kata, "SELAMAT HARI RAYA"





p/s : Benda kat atas nie, aku copy paste dari Blog Ayeem Ayam. Die bagi amik.. hehe.. Law nak duit raya datang rumah okay.. tapi syarat umur bawah 1 tahun je.. tata...

Wednesday, August 24, 2011

Gambar aku dikala kecik dulu..

Tengah - tengah kemas rumah pasal nak dekat raya, aku terjumpa gambar aku masa kecik - kecik dulu. Walaupun aku bukanlah budak dalam kategori  "eii cumelnyer budak nie macam nak picit lorh pp diey..", "comeyynyee bby niew.. ala bucuk2" Papepon, aku nak abadikan gambar masa aku kecik kat blog nie, andai aku tak ada nanti, bolehlah anak bini aku tengok betapa comotnye aku masa kecik.. hehe...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

p/s : aku pakai baju warna merah.. amacam comot tak aku?? heheh.. sorry kalau lambat loading, gambar berat sangat. heheh.. kalau korang nak anak muka macam aku, meh kawen ngan aku.. hahah...


Tuesday, August 16, 2011

Kasihnya Ibu Sampai Ke Mati

Mesti korang pelik kan aku tulis pasal ibu padahal bukan hari ibu sedunia pun kan. Hari ibu bukan kita sambut masa tue je, tapi hari2 kita kena sambut. Hargai jasa ibu bapa kita. Dalam masa 2 hari aku jumpa kejadian yang betul2 buat aku terharu dan terus terkenangkan ibu aku yang tengah buat kuih raya kat rumah tue..
*
*
*
*
*
*
*
*


Hari Pertama

Aku masa tue temankan member aku pergi kat kedai kereta. Entah ape rosak kete die padahal kancil je pon. Pasal member, aku temankan jugak lah. Nak dijadikan cerita, tengah tunggu pomen repair kete member aku nie, aku dengar bunyi salakan anjing. Kuat pulak tue. Aku tengok die tengah menyalak kat kete myvi pasal kete die nak undur ke belakang. Anjing tue menyalak tak berhenti2. Baru aku perasan yang anak die tengah tidor bawah kete tue. Lagi sikit nak kena lenyek. Aku terus ketuk cermin kete myvi tue suruh berenti. Tokey kedai kete tue angkat anak anjing tue.. Mungkin pasal panas sangat die landing bawah kete myvi tue. Tapi aku terharu yang ibu anjing tue sayangkan anak die giler2. Aku boleh terbayang macam mane kalau anak die kena lenyek dengan kete depan mata ibu anjing tue. Sedih giler kan.


Hari Kedua

Benda tue jadi hari nie, masa tue budak2 balik sekolah dalam pukul 12.30 tengah hari. Panas gile hari nie. Masa aku naik motor, mata aku tertumpu pada seorang makcik tengah tolak kerusi roda anak die. Anak die cacat. Tengah2 panas tue. Aku kesian gile. Aku rasa makcik tue orang susahlah. Mak die sanggup tolak anak die balik dari sekolah dalam keadaan panas macam tue. Aku rasa kalau anak die mintak fresh oren masa tue, mau kena tempeleng maut mak die bagi. Nasib anak die tak kuat meragam..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Kejadian tue betul2 menginsafkan aku lagi2 yang pasal anjing tue. Walaupun beliau seekor binatang tapi sifat kasih sayang kepada anak2 ada kat diri beliau tue. Aku tak boleh bayangkan kalau ibu kita tinggalkan kita, dah tak ada kat dunia nie. Kita tak sempat mintak ampun dekat ibu kita, kita derhaka dekat ibu. Ibu sanggup kelaparan asalkan anak2 die kenyang. Ibu sanggup jaga malam masa kita sakit, tapi kita lawan cakap ibu. 

Bayangkan, korang bersuka ria dekat lua, Ibu tak bagi kita keluar, bahaya, kita lawan cakap ibu, cakap ibu kolot. Ibu menangis, kecil hati dengan kita. Masa kita pulang kita nampak mayat ibu terbujur kaku, tak SEMPAT MINTAK AMPUN KEPADA IBU. Kita bunuh ibu kita. Kita pembunuh... Kepada ibuku, Fatimah Binti Sahak, anak mu memohon ampun segala dosa yang pernah anak ini buat kepada ibu. Ampunkan anak ini. Sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki ibu.



Friday, August 12, 2011

Tanda - Tanda Aweks Reject Cinta Korang.


Korang dah suka gile2 kat aweks tue dan tanpa segan silu, korang ajak aweks tue keluar dating tapi kalau dia bagi jawapan macam kat bawah nie, jangan korang rasa kecil hati sekecil hati ayeem ayam ye.. Bunga bukan sekuntum beb.

*
*
*
*
*
*
  • Saya baru belajar masak air

  • Saya kena pergi kedai mak suruh beli belacan.

  • Kambing saya sakit gigi.

  • Saya nak melawat zoo

  • Saya mekap je dah lima jam.

  • Saya kena jaga kambing.

  • Bapak saya kerja malam, jadi dia tak boleh ikut sama.


Agak2 kalau letak gambar nie ada aweks reject aku tak??

Wednesday, August 10, 2011

Mari Mengenali Mercun

Ha.. Asal raya nak main mercun, asal mercun je nak raya. Ape benda la korang nie?? Tak kira la raya cina ke, raya deepavali ke, raya Aidilfitri ke, Hari gawai ke, mesti main mercun. Nie semua freemanson, Iluminati.. (eh ape aku merepek nie, taksub sangat..) Cuba la main lompat galah ke, main kompang ke, ada gak faedahnya.Hari nie aku nak tunjuk kat korang mercun yang pernah aku main masa kecik2 dulu.



Mercun Pop
  • Korang jangan nak tipu tak pernah main mercun nie. Ini adalah mercun separa matang untuk budak2 masa kecik. Tak payah korang susah2 nak bakar, cuma baling, pastu benda tue akan meletup. Tak akan meragut nyawa korang melainkan korang baling dekat ayam,itik belaan tuan rumah korang. Lagi satu, nie mercun pop, bukan kumpulan K-POP dari Malaysia tue okay.


Mercun Padi
  • Mercun padi ni aku tak tahu kenapa orang panggil beliau padi. Mungkin mercun berkenaan lahir dekat Kedah yang banyak sawah padi mungkin. Keberangkalian pasti berlaku. Mercun nie jenis macam mercun cina yang meletup sekali banyak tue tapi saiz nie kecik sikit kot. Aku masa kecik2, bukak ikatan die satu2 pastu bakar sumbu die, tapi korang kena baling cepat2 takot meletop pasal sumbu die pendek.




Mercun Mancis
  • Mercun paling senang untuk budak2 yang takot mercun macam aku. Gelak..!! Korang cuma gesek kepala sumbu die dekat kertas macam bakar mancis lepas tue baling. Sangat senang okay. Kalau lagi berani, pegang je.




Mercun Naga
  • Mercun lagenda.. Aku pun kurang pasti pasai ape nama die naga. Kenapa tidak ayam ke, penyu ke, mahupun harimau jadian. Kenapa mesti naga??? Kenapa??  Mercun nie, boleh meletup banyak2 taw. Kalau korang nak lagi rasa klimaks, Bakar sumbu die, agak2 nak dekat meletup, baling kat atas yakni mercun nie akan meletup kat udara.


Mercun Thunderclap
  • Mercun nie lebih dikenali sebagai mercun roket. Menurut cerita aku, mercun nie memberi inspirasi kepada Syeikh Mudzafar untuk menjadi angkasawan negara ketika bermain mercun ini pada hari wesak... Heheh.. Korang cuma bakar sumbu nie lepas tu lari jauh2 pasal nie nak terbang. Lagi satu, pastikan kedudukan die menegak. Penting..




Mercun Bola
  • Mercun ini diilhamkan oleh Safee sali masa beliau sedang leka mengutip bola. Mercun ini adalah legend antara semua mercun. Kekuatan bunyi, kesan kepada tubuh badan manusia sangat diingati. Mercun ini juga mampu meragut jari2 anda jika tak kena gayanya.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tak dapat nak mencarut.. hehe




p/s : hati2 main mercun.. semua gambar incik google bagi..

Monday, August 8, 2011

Kantoi Tak Puasa

Aku tak nak cerita pasal raya, nak beli baju raya ke ape, sebab bagi aku raya tetap sama je macam tahun - tahun lepas. Sebab kita dah besar kan, so duit raya tak dapat.. sob sob..

Mesti korang yang baca blog aku nie pelik kan asal lah aku buat entry ngarut macam nie wahhal raya kan lambat lagi.. Betul tak?? Ngaku cepat..!! Sebenarnya aku tak ada idea nak tulis ape, pasal tue aku keluar cerita psal raya nie.. 

Nak tanye korang lah, ape maksud raya mengikut pikiran korang. Kalau tanye akulah kan, Hari Raya adalah hari kemerdekaan bagi umat islam yang dah berpuasa cukup sebulan. Itu kalau budak - budak nerd yang bagi jawapan. Kalau korang pergi tanye budak yang baru pandai main gasing, raya tue ape??? diorang mesti jawap.. "raya tue kan kita dapat banyak duit pastu kan pakai baju baru, jalan2 umah orang, pastu dapat duit kita nak simpan buat beli kereta kontrol"

Pengalaman puase aku banyak.. Best gile masa puasa.. Paling aku tak boleh lupe, masa tue En.Mak tengah masak dekat dapur, beliau mintak tolong aku suapkan makanan dekat adik aku. Adik aku kecik je masa tue umur lebih kurang 2 tahun, mane tau makan sendiri. Tak pe lah, disebabkan anak yang soleh, aku buat jugak, masa aku suap tue, aku pandang jam, pukul 6.30 petang, kejap je nie.. Aku tengok adik aku makan sedap je.. last2 aku makan sikit adik aku,hehe.. *jahat.. Aku ingat lagi masa tue mak aku masak daging masak kicap.


En.Mak pon pelik, nape adik aku kuat makan, padahal kalau suap 2 - 3 sudu dah kenyang dah. Dekat 3 kali adik aku tambah nasi. Last2 En.Mak mengendap dari dapur, kantoi sudah, bukan aku suap adik aku, aku yang suap kat mulut aku sendiri. Mengamuk mak aku. Akhirnya time family aku berbuka aku kena main jauh2.. sadis sungguh.. Sape suruh aku suapkan adik aku time puasa??


Lepas berbuka, ikot En.Bapak pergi masjid solat terawih, kalau malas aku main bunga api jer.. Aku jenis takut main mercun sebenarnya. Kalau mercun padi, korang tau tak mercun padi macam mane?? Ala macam mercun cina tapi kecik jer.. Selalu orang bakar pegang kat tangan . Kalau aku, letak dekat mane2 lepas tue, amik ubat nyamuk, patahkan, ikat dekat batang lidi, bakar dari jauh. bayangkan cepat.. hehe..
incik google bagi...

p/s : Sekarang aku dah berjaya puasa penuh.. ngeh ngeh ngeh...


Saturday, August 6, 2011

Cara-cara Pakwe Melepaskan Marah Mengikut Lokasi

Orang lelaki nie memang tak suka marah. Tapi bila orang perempuan bagi masalah, gerenti orang lelaki marah. Jom kita terjah orang lelaki marah mengikut lokasi.



TAMAN BUNGA

  • Sedang makwe korang merajuk sambil petik bunga, si pakwe akan berbaring di kerusi sambil tangan di dahi. Tengok awan kot - kot ada kapal Ufo melintas


DALAM KERETA

  • Dah semestinya die akan bawak kereta laju - laju dan pasang radio kuat - kuat. Tak cukup tue die bukak tingkap macam tak cukup aircond. Mana taknya dah berasap satu badan.


DI PUSAT MEMBELI BELAH

  • Jika pakwe marah, die akan tinggalkan makwe die sorang - sorang dan tunggu di parking. Die tahu si makwe akan datang juga tapi ada yang blah terus dan tinggalkan begitu sahaja.


ATAS MOTOR

  • Marahnya tak ketara sangat pasal die tengah bawa motor. Tapi bile si makwe sentuh bahunya, si pakwe akan tolak tanda die tengah marah.


DALAM HANDPHONE

  • Biasanya dalam handphone, si makwe akan cakap ikut sesedap mulut je. Bila si pakwe marah die tak akan angkat call tu, paling marah pun die akan off handphone tue.


KEDAI MAKAN

  • Biasenya si makwe tak lalu makan pasal merajuk, tapi si pakwe akan kuat makan umpama bela saka gamaknya. Bila dah habis si pakwe makan, di tengoknya dalam pinggan si makwe tak terusik, die tak akan makan sebaliknya order lagi satu siap tapau lagi.