Friday, November 8, 2013

Trip ke Genting Highland

Assalamualaikum reader2 yang aku rindukan semua..lama gila tak hupdate nak dekat 5 bulan da.. Sibuk la kawan.. Macam macam benda nak kena setelkan. Sekarang ni aku kena cari tempat praktikal. Macam semalam kan aku tulis entry pasal praktikal time aku amik sijil kat IKM dulu. Tu lah semakin lama makin kejap je rasanya masa nie berputar..

 
 Sebenarnya bukan tu yang aku nak story moli kat korang. Yang guwa mau ceritain, yang aku pegi Genting Highland baru2 nie.. sebab ape aku pegi, sebab seumur hidup aku, dalam 22 tahun nie, belum pernah dalam riwayat hidup aku jejak kan kaki kat tempat sejuk ala2 korea tu.So Perasaan taksub serta terkinja kinja meresap dalam diri kejap. hahahah..

Berbekalkan kuda merah wa, perjalanan dari Bangi bermula seawal jam 3 pagi rasanya. Aku lupa pukul berapa pasal time tu aku tak ada plan pon nak pegi. kira macam main gamble je pegi tu. Tengok member2 umah sewa aku semangat, darah anak klang campuran jawa tengah nie pantang sekali mengundur untuk mendaki jalan ke genting tu.
 


 


 Berbekalkan 6 biji moto berkuasa kuda 1000 cc dan keatas, perjalanan dimulakan dengan membaca doa agar perjalanan selamat.. puii masing2 nampak hipokrit kat situ. Meraung jugak la moto aku nak daki genting tu. Bapak tinggi. Gear 1 ngan 2 je yang korang boleh guna kalau standart ex5 1000cc macam aku lah.sampai masuk gear 3, kalau tak kena gaya moto korang akan mengundur secara tiba2 kerana tarikan bunian.








 Tujuan nya bukan nak main ape pon kat sana, just nak puaskan nafsu member aku tangkap gambar matahari naik jer. Series memang sejuk tahap siamang kat atas. Jadi batak kejap pasal ada asap keluar ikot mulut. pergh gila stylo. Start dari tu kitaorang cakap tanpa henti pasal nak tengok asap keluar ikot mulut masing2. hahah. dengar cite kat diorang tutup taman tema untuk renovation.

Lastly tak silap aku, kitaorang turun time pukul 9 pagi kot. Still sejuk lagi. Mengigil kot. kalau tempat belajar aku kat sini, memang macam siamang la aku pegi kelas jawabnya..hahaha.. perh panjang tak entry wa untuk kali nie. hahaha..




1 comment:

Mommy Nia said...

dasyat la dik ko naik motor sejuk2 tu