Tuesday, January 24, 2012

Aku sibuk.. maaf....

Asalamualaikum..

Lamanya tak hupdate entry. Hahaha sorry ye pasal aku tengah bz gile minggu nie dan minggu seterusnya. Dengan assigment berlambak - lambak. Al maklumlah, sekarang dah jadi student German Malaysian Institut. Jauh tue.. kat Bangi sana.

Pape pon aku tetap nak luangkan masa kat blog nie. Dah besawang2 da aku tengok. Siap labah - labah boleh buat sarang macam apartment pulak tue. cilake..Aku sebenarnya nak cerita satu benda kat korang nie masa aku kecik2 dulu.

Masa aku kecik - kecik dulu, kat belakang buku mastika kan ada macam iklan caller ringtone sume bagai. So ada satu iklan yang aku ingat, ada no telefon kumpulan senario, kira kita cakap dengan die lah. Aku dengan abang aku call lah.. Tapi mahal gile, tak silap aku, 1 minit die charge 50sen.. Mula - mula call die pasang lagu senario, pastu cakap dengan operater. Hari hari lak tue.

Ko bayangkan lah, 1 hari 30 minit kitaorang call, kalau sebulan macam mane?? Nak dijadikan cerita, bil telefon bulan tue sampai kat rumah. Aku dengan abang aku buat2 muka tak bersalah. Yelah muka budak kecik,kiut lagi..

Kira bulan tue punya bil memang melambung gile gile wa tak tipu lu.. Ayah aku dah syak aku da pasal aku memang nakal time tue. Abang aku biasa lah muka budak pandai tak macam aku. Soal siasat2 last2 semua mengaku. Ayah aku geram die amik bil tue, tulis kat kertas tue, "pelajar contoh". Tulis besar kat bil pastu tampal kat dinding,ngam2 lak dengan tempat telefon. Bile aku ingat balik sumpah bodoh.. hahah..

4 comments:

iz said...

normal2..
lumrah budak nakal memang gitu..haha

hamzah ian said...

aku kol radio, cakap aku sayang kat dj

Adha said...

teruk jugak ko ni haha

Sky Before Pinky said...

ahaha... perangai sama cam member... ayah dia pergi call semua number tu.. kantoi..bulanan nye duit poket kene potong.. ahaha