Wednesday, September 14, 2011

Kiut Ke Korang Kalau Berperangai Macam Budak Kecik

Korang mungkin kiut lah masa kecik - kecik dulu. Tapi bila dah besar panjang tahap dikategori boleh khawin tue, masih kiut ker?? Antara perangai kiut tak senonoh  yang aku tahu.

  1. Suruh bos lukis simbol "Bintang" bila lepas habis semak kertas kerja, profile, usul dan segala jenis folio.
  2. Pastikan setiap kali minum kopi ke, teh ke, sirap bandung atau segala jenis minuman lain, ada macam misai kat mulut tue.
  3. Bercakap sorang - sorang. Bila orang tanya, bagitahu yang korang tengah cakap dengan orang halimunan. Lepas tue, buat muka riang - riang sambil memperkenalkan kawan korang tue.
  4. Kalau jumpa lembu tepi jalan masa tengah bawa kereta, keluarkan kepala dan jerit "MOOO" dekat lembu - lembu tue.
  5. Tidur awal pada setiap malam dan bangun awal pada setiap hujung minggu unutk tengok rancangan kartun.
  6. Beli surat khabar, cari ruangan kartun dulu untuk dibaca.

p/s : di adaptasi dari majalah terkemuka.

2 comments:

Miss NHH said...

haha . iyeke ? baru tawu , ngehngeh :D .

farhana fana said...

no 4 tu kte slalu wat :) xkira lah kambing kew , lembu kew , kucing pown kte wat . so kte ney budak2 ek ?