Wednesday, August 10, 2011

Mari Mengenali Mercun

Ha.. Asal raya nak main mercun, asal mercun je nak raya. Ape benda la korang nie?? Tak kira la raya cina ke, raya deepavali ke, raya Aidilfitri ke, Hari gawai ke, mesti main mercun. Nie semua freemanson, Iluminati.. (eh ape aku merepek nie, taksub sangat..) Cuba la main lompat galah ke, main kompang ke, ada gak faedahnya.Hari nie aku nak tunjuk kat korang mercun yang pernah aku main masa kecik2 dulu.



Mercun Pop
  • Korang jangan nak tipu tak pernah main mercun nie. Ini adalah mercun separa matang untuk budak2 masa kecik. Tak payah korang susah2 nak bakar, cuma baling, pastu benda tue akan meletup. Tak akan meragut nyawa korang melainkan korang baling dekat ayam,itik belaan tuan rumah korang. Lagi satu, nie mercun pop, bukan kumpulan K-POP dari Malaysia tue okay.


Mercun Padi
  • Mercun padi ni aku tak tahu kenapa orang panggil beliau padi. Mungkin mercun berkenaan lahir dekat Kedah yang banyak sawah padi mungkin. Keberangkalian pasti berlaku. Mercun nie jenis macam mercun cina yang meletup sekali banyak tue tapi saiz nie kecik sikit kot. Aku masa kecik2, bukak ikatan die satu2 pastu bakar sumbu die, tapi korang kena baling cepat2 takot meletop pasal sumbu die pendek.




Mercun Mancis
  • Mercun paling senang untuk budak2 yang takot mercun macam aku. Gelak..!! Korang cuma gesek kepala sumbu die dekat kertas macam bakar mancis lepas tue baling. Sangat senang okay. Kalau lagi berani, pegang je.




Mercun Naga
  • Mercun lagenda.. Aku pun kurang pasti pasai ape nama die naga. Kenapa tidak ayam ke, penyu ke, mahupun harimau jadian. Kenapa mesti naga??? Kenapa??  Mercun nie, boleh meletup banyak2 taw. Kalau korang nak lagi rasa klimaks, Bakar sumbu die, agak2 nak dekat meletup, baling kat atas yakni mercun nie akan meletup kat udara.


Mercun Thunderclap
  • Mercun nie lebih dikenali sebagai mercun roket. Menurut cerita aku, mercun nie memberi inspirasi kepada Syeikh Mudzafar untuk menjadi angkasawan negara ketika bermain mercun ini pada hari wesak... Heheh.. Korang cuma bakar sumbu nie lepas tu lari jauh2 pasal nie nak terbang. Lagi satu, pastikan kedudukan die menegak. Penting..




Mercun Bola
  • Mercun ini diilhamkan oleh Safee sali masa beliau sedang leka mengutip bola. Mercun ini adalah legend antara semua mercun. Kekuatan bunyi, kesan kepada tubuh badan manusia sangat diingati. Mercun ini juga mampu meragut jari2 anda jika tak kena gayanya.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tak dapat nak mencarut.. hehe




p/s : hati2 main mercun.. semua gambar incik google bagi..

10 comments:

iMah said...

sume mecun niyh.. penah main...
mecun mancis.. ade yg bunyi double..
excited je men nye..
(^^,)

Shahbri said...

mercun mancis ek.. ak ah,, ada2..

Mohammed Faizal said...

ni semua mercun...xde jenis meriam plak baru extreme dan ganas

Mohammed Faizal said...

ni semua mercun...xde jenis meriam plak baru extreme dan ganas

Ayeem Jemain said...

mercun pop paling loser. haha. tp plg kerap main thuderclap dgn mancis.

Shahbri said...

meriam bukan kategori mercun da.. hehe.

aku dulu ada main mercun katak.. wtf

Isteri Encek Bard said...

HAHHAHAHHA SEMUA MERCUN TU SAMPAI SKANG TAKUT NAK MAIN

Lizzie Yasmin said...

percaya atau tak? aku cuma kenal mercun pop pop n padi jer.. yang lain tahu thu pun.. sungguh naif :( hahaha

sYafIk-wAy said...

perghhh mencarut yang paling best budak tu buat . hahaha

Adha said...

mercun ketupat ali mana?