Tuesday, July 19, 2011

Memalukan, Aku benci motor...


Mesti korang tertanyakan pasai apa aku benci motor, Sebenarnya bukan benci tapi kejadian yang baru terjadi kat aku tadi SANGAT memalukan okay. Papepon aku tetap sayang sama kamo motorku.

Benda ini jadi bila aku nak balik keje. Aku keje pagi dari pukul 7 pagi sampai 3 petang. Dengan kepenatan kerja seharian untuk mencari sejemput  sesuap untukdimasukkan kedalam mulut aku. Taktala itu motor yang selama ini aku sayang, aku basuh, walaupun sebulan sekali, aku isi minyak Ron95, Rm2 hari-hari.. Kau masih membuat onar kat muka aku wahai cik motor.

Benda mula-mula sekali yang aku bengang nak hidupkan motor tak boleh, enjin sejuk. Kena enjut starter dekat 20 kali baru hidup. Malu gila lah orang pandang pastu bunyi dah macam kambing mengawan yang nak sampai klimaks tanpa kondom, "Play Safe", moto kami.. Korang bayangkan lah macam mane.


Dengan berbekalkan muka ala-ala Aron Aziz, aku teruskan juga perjalanan dalam keadaan panas terik.Sampai kat trafic light,sementara nak tunggu hijau, ada budak sebelah naik basik fixie, (betul ke tak aku eja) tanye jalan... Lantas dengan niat jahat, aku bagitau jalan yang paling jauh die nak pergi.. Teranguk anguk budak tue dengan cakap aku.. Dengan panas terik nie, ko naik basikal sape suruh?? Kan dah kena.. "kata ku dalam hati"

Tengah syok-syok tunggu lampu hijau sambil dalam hati girang buat dajal, aku tengok lampu isyarat dah bertukar hijau.. Tapi, tapi, tapi.. Babun punya Motor...!!!

Aku lupa nak tukar gear, masa nak jalan tue, motor aku gear empat, nak jalan macam siput, siput pun lagi laju jalan dari motor aku time tue. Dengan wajah cool, aku cuba tukar gear aku, brader yang naik kereta kat belakang aku, sorang sorang muka dah macam ah long yang baru lepas simbah cat merah kat rumah Mak jemah.


Dengan gabranya aku cuba tukar gear, Babun motor aku mati pulak tengah tengah jalan. Segan giler aku. Muka aku dah merah gile dah.. lagi merah dari lampu trafic light yang aku tenung tadi..Tersekat sekat motor aku mati laksana menahan kentut. Berbekalkan muka dan penutup helmet, aku tolak motor aku, kereta yang lalu sebelah motor aku masing-masing pandang aku. "Woi..!! aku ada buat salah ke???" lantas aku memaki sambil jari tengah ku berdiri tanda protes.

Sampai je dekat rumah, aku terpikir, mungkin tuhan nak tunjuk kat aku, sape suruh ko dajal budak tue?? Heheh.. Yang motor aku pun tak boleh salahkan, yelah, nak meragam, nak buat macam mane kan...


p/s : jangan lupa panaskan enjin motor korang, pastu jangan dajal orang tahu..!!!

10 comments:

Mohammed Faizal said...

sape suh pedajal orang....dapat akibatnye...haha. Pas ni jgn wat lg k

Ayeem Jemain said...

haha. seminggu sekali basuh moto? ok la tu. aku setahun sekali. haha serius!

Shahbri said...

@ayem:ko memang.. haha

@faizal:aku insaf dah.. hahah.

A.A said...

Hahaha.len kali kalau kat trafic light duk belah tepi skali. Kalu moto wat hal, berenti je tepi tu pastu wat2 kol org.kompem xmalu sgt.HAHAHA.

difficult easy. said...

haha. kesiannya. tak pe. pengajaran. :D

first time jenguk sini! best!

la luz del amor said...

hahahaa....
comel jerk kan..

Lea IsNaw! said...

hehehe sabar jela

ipa faiza~ said...

lau org jawe kate

kawwoss!!

hehe

means padan muke~ :)

Dalin said...

short comment: padan muka~! ekekekee.. buat lagi.. ;D

Shahbri said...

hehehe...