Saturday, July 30, 2011

Sahabat


Mula-mula aku nak mintak maaf pasal lama tak updatekan.. Hehe korang baca ke entry aku??? Bukan ape pasal aku sibuk keje. Yelah balik keje aku tido,bila pulak nak bukak laptopkan. Lagi satu internet kat rumah aku problem, ada siamang mane curi cable. Habis takda telepon dengan internet.

Tapi bukan pasal itu yang aku nak cerita. Cerita pasal sahabat. Sahabat bagi aku kawan yang ada semasa susah dengan senang. Time korang suka die ada kat sebelah korang dan time korang nagis,sedih die pon turut join sekaki.Aku masa duduk rumah lama sebelum pindah, aku ada sahabat yang aku ingat sampai mati.

Nama die Muhd Hazim bin Kamaruddin. Dahlah duduk sebelah rumah, lepas tue start dari darjah 1 sampai darjah 5 aku sekelas dengan die jer. Punya lah rapat. Pergi mana-mana mesti kena ada die. Aku dah anggap die macam family aku.

Die nie jenis lembut sikit, yang aku pulak jenis nakal. So kesian die kena jadi mangsa buli aku hari-hari. Contohnya pergi beli aku nasi lemak kat kantin. Yelah budak-budak mana reti nak beraturkan, so aku arahkan die jer..hehe..Die pun buat muka bengkek je sama aku..

Lepas tue darjah 5 aku pindah rumah, makna sekolah sekali lah. Aku sedih gile nak jauh dari die. Ko bayangkan dari kecik duduk sekali, kelas sama,pergi sekolah sama-sama,main masak-masak, tup tup, aku kena pindah. Hari last tue aku request kat bapak aku nak pergi pasar dengan sahabat aku,first time pergi pasar. Kitaorang menyanyi,menjerit kat pasar macam bapak kitaorang punya.

Lepas aku pindah rumah darjah 5, aku da lost contact dengan die, sekarang aku 20 tahun. Macam mane lah die sekarang kan. Aku try cari tapi orang cakap die dah pindah. Sahabat, kalau ko terbaca blog aku nie, cepat-cepat contact aku okay. Aku rindukan gelak tawa ko. Lagi satu aku nak buli ko macam dulu-dulu.hehe..

p/s : series aku nak jumpa ko sahabat..!!!


1 comment:

Ayeem Jemain said...

cuba google full name dia