Monday, July 11, 2011

Puasa

Puasa dah nak dekat da.. korang semua sudah ganti belum puasa, perempuan ataupun lelaki yang tiba datang bulan time puasakan. Aku dah ganti da..  Baru semalam ganti.. 1 hari tak puase pasal hasutan kawan lapar sangat balik kelas penat. Aku dengan hati keringnya pergi usung beg beli nasi dekat kedai mamak dekat 12 bungkus orang kirim. Pergh gila babun punya keje.,. Kembung je beg masa nak balik.. Malu aku.

Aku ada perangai pelik masa nak dekat puasa nie.  Contohnya, kalau lagi seminggu nak puase aku akan demam teruk,demam kepialu, demam kura-kura, segala jenis demam aku dapat time nak dekat puasa. Benda nie jadi start dari darjah 5 lagi. Aku ada jumpa dukun, die bilang sama aku yang setan nak kacau aku cukup-cukup pasal nanti bulan puase dia kena jel.. hehe..

Puasa nie seronok sebenarnya. Kalau buat baik,ganjaran pahala berlipat kali ganda tau. Lagi satu kalau mana-mana perempuan nak kurus ala-ala Fasha Senda bolehlah masa bulan puasa nie.. Lepas tu, korang akan jumpa macam-macam kuih yang korang tak pernah makan kat bazar tue. Tapi lapar punya pasalkan,semua nampak sedap..

Aku pernah beli 20 keping murtabak untuk aku sorang time kecik, konon-konon kalau aku puasa penuh dapat makan sedap time berbuka nanti, last last aku order 20 keping murtabak, pening bapak aku, haha.. Lagi satu yang tak boleh miss langsung adalah Air Soya. Bagi aku itu benda wajib kena ada selain Kurma Yusuf Haslam Taiyob. Tapi kalau korang makan banyak sangat nanti nak solat magrib dengan terawih dah mengah..

Lagi satu fakta yang boleh aku bagi, Tiap-tiap tahun, mesti ada orang buat pengumuman puasakan, yang bestnya orang yang sama, Kesian atuk tue, dah uzur dah nak keluar tv lagi.. hehe






p/s : Aku demam masa nak tulis entry nie..

8 comments:

Ayeem Jemain said...

cam syial 20 keping! haha. kemain awal entry puasa ko??

Shahbri said...

haha.. t puasa aku kat surau tak ada masa.. cewahh..

Mrs. Farhan said...

Gile lah bro. 20 keping?? Habis tak tu?? Ish2.

Hahahha. Kurma yusof haslam yg x leh blah tu. =P


http://sayasibudakopto.blogspot.com/

Shahbri said...

kompom la habis..

Mohammed Faizal said...

best..aku suke, nak lagi baca entry yang menarik

Mohammed Faizal said...

haha...best sangat entry ni...tergelak aku sorang-sorang. Nak lagi baca entry dari En Syah

Shahbri said...

haha.. tulis je ape faizal suka.. janji menarik.. tulisan okay..

armouris said...

lagi info tentang puasa di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan