Friday, July 15, 2011

Kanak-kanak

Zaman aku kecik adalah zaman terhebat aku. Kalau boleh naik kerete magic balik ke alam kanak-kanak. aku akan patah balik. Kalau duduk kampung, lagi best, macam macam aktiviti boleh buat. Aku listkan je lah,hehe..


  1. Aku paling terer main layang-layang dekat kawasan rumah aku. Kawan-kawan aku pon tak boleh lawan. Heheh.. Pantang ada angin sikit, buat terus layang-layang, tapi tak pernah naik tinggi, Pusing-pusing pastu jatuh. Heheh tapi kalau beli kat kedai punya, memang tinggi.
  2. Main senapang @ pistol kayu. Best gile. Ikat getah dekat kayu lepas tue pakai buah ceri buat peluru. Pakat dengan geng main tembak-tembak. Sakit siot..!!
  3. Main kad. Bukan kad judi okay..!!! Tapi kat tepuk dekat lantai tue. Sape tepuk, banyak angin keluar, pastu kad terbalik, die menang.
  4. Main Game tape. Masa zaman aku, game tape dalam RM60. Tapi sekarang, RM15 pun dah ada da. Best sangat. Masa tue tergila-gilakan Game Mario dengan Street Fighter. Tapi sekarang mungkin tak ada da kot. 
  5. Main digimon battle ape nama ntah.. Best kalau beating-beating dengan kawan, tengok monster sapa paling kuat.
  6. Main  baling selipar. Ha, benda ini paling best. Kalau selipar jepun tue terbang kena dekat kepala, mau ko telan Panadol Activfast satu papan. Pening.
  7. Main mercun masa bulan puasa. Aku dengan abang aku jahat sikit, main mercun bola pastu baling dekat reban itik kepunyaan tuan rumah aku.
  8. Main  bola. Sebenarnya tak layak digelar main bola pon. Yelah, ko bayangkan berebut nak main bola, 22 orang 1 pasukan.. Gile babeng.
  9. Waktu tue sape yang ada kasut roda akan disanjung tinggi.
  10. Sanggup bangun awal pagi hari sabtu & ahad semata- mata nak tengok Sailormoon dengan Dragon Ball lepas tue petang tengok Power Ranger. Lepas tue pergi sekolah hari isnin cerita dengan kawan-kawan.
  11. Pergi sekolah aku bawak 50 sen jer.. Tapi adik aku sekarang sekolah pagi dah RM2. belum sekolah petang lagi. Kalau ada kokorikulum dah kena bayar lebih. Macam overtime. cilake.
  12. Tak boleh masuk rumah pasal nakal sangat. Time tue malam, nyamuk dah macam askar wataniah datang dekat aku. Bapak aku balik kerja, baru boleh masuk.
  13. Tangan aku patah pasal nakal panjat tingkap macam spiderman.
  14. Kaki tersepit spoket basikal.
  15. Seluar raya koyak tengah pada hari raya pertama adalah pekara biasa.
  16. Pergi raya rumah orang sebanyak 3 kali.
  17. Belajar hisap rokok. Gulung surat khabar, bakar, pastu isap, nampak macam asap kira lulus
  18. Mak suruh pergi kedai beli barang , mintak upah 1 air tin coca cola..
  19. The Rock adalah idola aku masa kecik.
  20. Aku pernah kena tibai pakai hanger, paip getah, penampar, penumbuk tali pinggang, pasal nakal sangat.
  21. Gulung surat khabar pastu pukul lalat.
  22. Benci lukisan dekat sekolah.
  23. Tak pernah buat kerja sekolah.
  24. Kumpul sticker Pokemon, lekat kat buku.
  25. Masa sunat dapat duit, tapi aku lambat baik, tak jaga pantang, habis bentan. Kesannya saiz XXL..Heheh..
  26. Handphone pisang yakni jenis baling anjing adalah ciptaan teragung ketika itu.
  27. Budak sekolah minum kedai mamak sebelum masuk sekolah dipanggil gangster, budak jahat.
  28. Pengawas adalah manusia paling dibenci di sekolah.


p/s: nanti kalau aku ada masa, aku tambah okay.

1 comment:

Chempaka Sari said...

tak bek tau benci pengawas...sbb saya pengawas huhuhu... zaman kanak2 memang noob kan? huhu...