Saturday, July 30, 2011

Sahabat


Mula-mula aku nak mintak maaf pasal lama tak updatekan.. Hehe korang baca ke entry aku??? Bukan ape pasal aku sibuk keje. Yelah balik keje aku tido,bila pulak nak bukak laptopkan. Lagi satu internet kat rumah aku problem, ada siamang mane curi cable. Habis takda telepon dengan internet.

Tapi bukan pasal itu yang aku nak cerita. Cerita pasal sahabat. Sahabat bagi aku kawan yang ada semasa susah dengan senang. Time korang suka die ada kat sebelah korang dan time korang nagis,sedih die pon turut join sekaki.Aku masa duduk rumah lama sebelum pindah, aku ada sahabat yang aku ingat sampai mati.

Nama die Muhd Hazim bin Kamaruddin. Dahlah duduk sebelah rumah, lepas tue start dari darjah 1 sampai darjah 5 aku sekelas dengan die jer. Punya lah rapat. Pergi mana-mana mesti kena ada die. Aku dah anggap die macam family aku.

Die nie jenis lembut sikit, yang aku pulak jenis nakal. So kesian die kena jadi mangsa buli aku hari-hari. Contohnya pergi beli aku nasi lemak kat kantin. Yelah budak-budak mana reti nak beraturkan, so aku arahkan die jer..hehe..Die pun buat muka bengkek je sama aku..

Lepas tue darjah 5 aku pindah rumah, makna sekolah sekali lah. Aku sedih gile nak jauh dari die. Ko bayangkan dari kecik duduk sekali, kelas sama,pergi sekolah sama-sama,main masak-masak, tup tup, aku kena pindah. Hari last tue aku request kat bapak aku nak pergi pasar dengan sahabat aku,first time pergi pasar. Kitaorang menyanyi,menjerit kat pasar macam bapak kitaorang punya.

Lepas aku pindah rumah darjah 5, aku da lost contact dengan die, sekarang aku 20 tahun. Macam mane lah die sekarang kan. Aku try cari tapi orang cakap die dah pindah. Sahabat, kalau ko terbaca blog aku nie, cepat-cepat contact aku okay. Aku rindukan gelak tawa ko. Lagi satu aku nak buli ko macam dulu-dulu.hehe..

p/s : series aku nak jumpa ko sahabat..!!!


Cerita Tak Boleh Blah..!!


Cerita yang aku maksudkan di atas adalah cerita sinetron Indonesia. Yakni cerita yang tak boleh blah langsung..!! Bagi aku cerita tue sampah, tak ada nilai, hilang kredibilti, tak ada maruah, hilang kejantanan untuk aku menontonnya.


Aku pelik kenapa kat Malaysia banyak sangat cerita Indonesia?? Cuba korang pikir?? Ceritanya aku dah boleh agak macam mane ending die. Mesti ada pari-parilah, ada orang kerdillah, ada api terbang-terbanglah. Sangat noob okay.


Yang tak boleh blah kalau part terkejut atau marah, mesti die zoom kat muka pelakon tue, Aku tengok bengang gile. Siamang sungguh..!! Lagi satu cerita die mesti pasal cinta, pastu kalau jadi masalah, macam dirancang je, nak buat jahat cakap dalam hati sambil buat mimik muka. What the heeellwaley waley..!!


Dimana cerita Melayu kita?? Dimana cerita fasha sanda berpakaian macam perempuan melayu terakhir?? Dimana letaknya amir raja lawak?? Dimana letaknya zila bakarin?? Dimana?? Dimana??? Hehe.. Cerita melayu kita tak kurang hebatnya tapi kurangkanlah iklan bodoh tue. Sikit-sikit iklan,.. agak agaklah. .

P/s : kalau korang terasa aku mintak maaf ye, sape suruh minat sinetron.. hehe..

Friday, July 29, 2011

Mental Aku

Ha, aku dapat kerja baru. Sudah dekat 1 minggu lebih aku kerja situ. So far, setakat nie,okaylah.. Overtime banyak wowo... Mula manager call aku dulu, suruh datang kerja, die terangkan cara-cara kerja macam mane. Tapi yang mengugat iman aku cara die berpakaian, dah lah pakai seluar ketat, lepas tue nampak spender die. Adoi.. Ape kejadah nie semua?? Faklah” bentak kudalam hati sambil mata tak berhenti memandang.. hehe..

Tak cukup tue, macam-macam tak boleh buat. Contohnya macam main handphone kat depan cctv. Kalau esok manager tengok ko main handphone, siap lah sebat, tak pun rampas handphone. Cilake.

Mula-mula, die bagi aku kerja sapu-sapu, mop lantai, kacang tanah punya kerja. Senang sangat. Lepas tengok kesungguhan aku mop lantai sampai berkilat, die ajar aku cara guna kaunter. First time jadi cashier beb.. Mengigil lutut aku nak bagi duit kat orang. Pening jugaklah nak jaga kaunter. Senior-senior aku yang lain macam tak berapa masuk kepala dengan akulah. Aku boleh kerja lama kalau ada member sekepala dengan aku. Lepas tue, kalau tengok air kat peti sejuk tak cukup kena stock up, Maksudnya, tambahlah.. Tapi punya sejuk lah peti sejuk, sampai aku nak cakap dengan member aku keluar asap ikut mulut. Aku berangan kejap yang aku ada dekat London, heheh..

Kerja dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. Itu kalau shift pagi. Kalau malam, 7 malam sampai 7 pagi. Aku rasa kerja situ macam tak ada lifelah.. Yelah sabtu dengan ahad tak cuti. Selaluya time-time tue aku pergi berfoya-foya kat shoping complex. Sekarang kena kerja. Tapi setakat nie Alhamdullilah aku tak berenti kerja lagi. Selalu rekod dunia aku buat, 2 hari kerja aku dah cabut dah. Tapi kali nie tak buat macam tue da.. Paling best jumpa bapok nak beli kondom. Aku tergelak gile. Dahlah tangan die lagi besar dari aku. Aku agak kalau die tempeleng aku mau koma aku. Hehe..

Mula-mula kerja, aku bnyak giler buat salah.. Salah cop,salah bukak resit,macam-macam lah, Maklumlah budak baru belajar, kalau salah tolong JOLOKKAN.. Walau ape pun, aku nak try tahan kerja situ.. Kalau diorang boleh kenapa aku tidak, kenapa..!! Tanya benda tu dekat diri anda lepas tu hantuk dahi anda berulang kali ke dinding.
gambar incik google..

p/s : Aku beryukur dapat kerja, aku akan bertahan..

Tuesday, July 19, 2011

Memalukan, Aku benci motor...


Mesti korang tertanyakan pasai apa aku benci motor, Sebenarnya bukan benci tapi kejadian yang baru terjadi kat aku tadi SANGAT memalukan okay. Papepon aku tetap sayang sama kamo motorku.

Benda ini jadi bila aku nak balik keje. Aku keje pagi dari pukul 7 pagi sampai 3 petang. Dengan kepenatan kerja seharian untuk mencari sejemput  sesuap untukdimasukkan kedalam mulut aku. Taktala itu motor yang selama ini aku sayang, aku basuh, walaupun sebulan sekali, aku isi minyak Ron95, Rm2 hari-hari.. Kau masih membuat onar kat muka aku wahai cik motor.

Benda mula-mula sekali yang aku bengang nak hidupkan motor tak boleh, enjin sejuk. Kena enjut starter dekat 20 kali baru hidup. Malu gila lah orang pandang pastu bunyi dah macam kambing mengawan yang nak sampai klimaks tanpa kondom, "Play Safe", moto kami.. Korang bayangkan lah macam mane.


Dengan berbekalkan muka ala-ala Aron Aziz, aku teruskan juga perjalanan dalam keadaan panas terik.Sampai kat trafic light,sementara nak tunggu hijau, ada budak sebelah naik basik fixie, (betul ke tak aku eja) tanye jalan... Lantas dengan niat jahat, aku bagitau jalan yang paling jauh die nak pergi.. Teranguk anguk budak tue dengan cakap aku.. Dengan panas terik nie, ko naik basikal sape suruh?? Kan dah kena.. "kata ku dalam hati"

Tengah syok-syok tunggu lampu hijau sambil dalam hati girang buat dajal, aku tengok lampu isyarat dah bertukar hijau.. Tapi, tapi, tapi.. Babun punya Motor...!!!

Aku lupa nak tukar gear, masa nak jalan tue, motor aku gear empat, nak jalan macam siput, siput pun lagi laju jalan dari motor aku time tue. Dengan wajah cool, aku cuba tukar gear aku, brader yang naik kereta kat belakang aku, sorang sorang muka dah macam ah long yang baru lepas simbah cat merah kat rumah Mak jemah.


Dengan gabranya aku cuba tukar gear, Babun motor aku mati pulak tengah tengah jalan. Segan giler aku. Muka aku dah merah gile dah.. lagi merah dari lampu trafic light yang aku tenung tadi..Tersekat sekat motor aku mati laksana menahan kentut. Berbekalkan muka dan penutup helmet, aku tolak motor aku, kereta yang lalu sebelah motor aku masing-masing pandang aku. "Woi..!! aku ada buat salah ke???" lantas aku memaki sambil jari tengah ku berdiri tanda protes.

Sampai je dekat rumah, aku terpikir, mungkin tuhan nak tunjuk kat aku, sape suruh ko dajal budak tue?? Heheh.. Yang motor aku pun tak boleh salahkan, yelah, nak meragam, nak buat macam mane kan...


p/s : jangan lupa panaskan enjin motor korang, pastu jangan dajal orang tahu..!!!

Friday, July 15, 2011

Kanak-kanak

Zaman aku kecik adalah zaman terhebat aku. Kalau boleh naik kerete magic balik ke alam kanak-kanak. aku akan patah balik. Kalau duduk kampung, lagi best, macam macam aktiviti boleh buat. Aku listkan je lah,hehe..


  1. Aku paling terer main layang-layang dekat kawasan rumah aku. Kawan-kawan aku pon tak boleh lawan. Heheh.. Pantang ada angin sikit, buat terus layang-layang, tapi tak pernah naik tinggi, Pusing-pusing pastu jatuh. Heheh tapi kalau beli kat kedai punya, memang tinggi.
  2. Main senapang @ pistol kayu. Best gile. Ikat getah dekat kayu lepas tue pakai buah ceri buat peluru. Pakat dengan geng main tembak-tembak. Sakit siot..!!
  3. Main kad. Bukan kad judi okay..!!! Tapi kat tepuk dekat lantai tue. Sape tepuk, banyak angin keluar, pastu kad terbalik, die menang.
  4. Main Game tape. Masa zaman aku, game tape dalam RM60. Tapi sekarang, RM15 pun dah ada da. Best sangat. Masa tue tergila-gilakan Game Mario dengan Street Fighter. Tapi sekarang mungkin tak ada da kot. 
  5. Main digimon battle ape nama ntah.. Best kalau beating-beating dengan kawan, tengok monster sapa paling kuat.
  6. Main  baling selipar. Ha, benda ini paling best. Kalau selipar jepun tue terbang kena dekat kepala, mau ko telan Panadol Activfast satu papan. Pening.
  7. Main mercun masa bulan puasa. Aku dengan abang aku jahat sikit, main mercun bola pastu baling dekat reban itik kepunyaan tuan rumah aku.
  8. Main  bola. Sebenarnya tak layak digelar main bola pon. Yelah, ko bayangkan berebut nak main bola, 22 orang 1 pasukan.. Gile babeng.
  9. Waktu tue sape yang ada kasut roda akan disanjung tinggi.
  10. Sanggup bangun awal pagi hari sabtu & ahad semata- mata nak tengok Sailormoon dengan Dragon Ball lepas tue petang tengok Power Ranger. Lepas tue pergi sekolah hari isnin cerita dengan kawan-kawan.
  11. Pergi sekolah aku bawak 50 sen jer.. Tapi adik aku sekarang sekolah pagi dah RM2. belum sekolah petang lagi. Kalau ada kokorikulum dah kena bayar lebih. Macam overtime. cilake.
  12. Tak boleh masuk rumah pasal nakal sangat. Time tue malam, nyamuk dah macam askar wataniah datang dekat aku. Bapak aku balik kerja, baru boleh masuk.
  13. Tangan aku patah pasal nakal panjat tingkap macam spiderman.
  14. Kaki tersepit spoket basikal.
  15. Seluar raya koyak tengah pada hari raya pertama adalah pekara biasa.
  16. Pergi raya rumah orang sebanyak 3 kali.
  17. Belajar hisap rokok. Gulung surat khabar, bakar, pastu isap, nampak macam asap kira lulus
  18. Mak suruh pergi kedai beli barang , mintak upah 1 air tin coca cola..
  19. The Rock adalah idola aku masa kecik.
  20. Aku pernah kena tibai pakai hanger, paip getah, penampar, penumbuk tali pinggang, pasal nakal sangat.
  21. Gulung surat khabar pastu pukul lalat.
  22. Benci lukisan dekat sekolah.
  23. Tak pernah buat kerja sekolah.
  24. Kumpul sticker Pokemon, lekat kat buku.
  25. Masa sunat dapat duit, tapi aku lambat baik, tak jaga pantang, habis bentan. Kesannya saiz XXL..Heheh..
  26. Handphone pisang yakni jenis baling anjing adalah ciptaan teragung ketika itu.
  27. Budak sekolah minum kedai mamak sebelum masuk sekolah dipanggil gangster, budak jahat.
  28. Pengawas adalah manusia paling dibenci di sekolah.


p/s: nanti kalau aku ada masa, aku tambah okay.

Thursday, July 14, 2011

Kerja Oh Kerja

Semua manusia perlukan kerja. Betul tak?? Betulkan.. Tak kira lah kerja halal ke haram ke, pasang ekor harimau belang ke, kira bulu kambing ke. Janji kerja. Korang mesti pernah kerja kan. Pengalaman aku nie aku nak kongsi sikit.


Despatch Barang Spare Part Kereta

  • Kerja ini aku buat masa lepas Spm, Kerja memang best.
  • Aku pergi kerja tak pernah pakai kasut cuma pakai selipar je.
  • Bos aku cina tapi sporting, tak pernah aku jumpa Cina baik macam tue.
  • Boleh pinjam duit tapi tolak gaji. Paling memalukan aku kena gelak pasal pinjam RM2. cilake.
  • Benda paling gile, memalukan, terhebat sepanjang zaman adalah bawak bumper kerete wira dari Klang ke Bukit Tinggi dengan menaiki moto. Polis trafic tabik spring dengan aku bawak bumper tue. Besar pastu panjang pulak tue.
  • Accident masa mula stat keje..

Kerja Kilang

  • Kerja dengan Nepal, Bangla, Vietnam, Pakistan. cilake ingat aku pendatang asing ke??
  • Kerja aku lipat kotak. Dari pukul 8 malam ke 8 pagi, aku lipat 1300 kotak. Aku sorang je. Kuat tak penangan tongkat Ali?? hehe..
  • Kerja nie hanya bertahan selama 2 hari sebelum aku blah secara tiba-tiba. Tak tahan beb, boleh rosak saraf kentut aku.
  • 1 hari aku lipat 1300 kotak, kali 2 hari bersamaan 2600 kotak aku lipat. Gila Babeng.

Kerja Speedmart

  • Kat sini aku kerja jadi pembantu jualan,. kerja aku top up barang mana yang tak cukup.
  • Aku pernah kena marah dengan pakcik india tua, mungkin salah faham kot. Aku time tue tangah masukkan barang die kat plastik depan kaunter. Pastu die cakap aku amik barang die. Aku dengan cashier dah pandang muka masing-masing dah. Lepas aku terangkan baru die paham. Tak sanggup pulak aku bagi Fly kick tepat kat perut pakcik tue. Pak cik tue pon berlalu pergi tanpa rasa bersalah.
  • India jugak, tapi lain hal, tengah die sibuk tolak troli, die terlanggar botol ribena, jatuh atas kepala die yang seakan akan pulau tue, mengamuk satu kedai tue, aku buat bodoh jer. Dalam hati, padan muka.
  • Kerja ini pun bertahan 2 hari jugak.

Lagi satu aku pernah pergi interview kerja kat 7e, diterima tapi aku tak pergi, dekat 3 kali aku buat macam tue.. hehe.. 


p/s : Kerja jangan memilih, janji ada masa depan lepas tue halal. Sekarang aku sudah kerja. Alhamdulillah.. Kerja ape?? hehe.. tengok berapa lama bertahan..

Wednesday, July 13, 2011

Ada Apa Dengan Bersih?

Bersih?? Apa yang korang tahu pasal bersih yang berlangsung 9 hb Julai tue?? Korang pergi tak perhimpunan tue?? Aku tak pergi pun pasal tengah kerja. Tapi kecoh jugak dekat 2 minggu sebelum perhimpunan tue kan. Perhimpunan haram, tak Bersih, ape semua tue kan. Tapi bagi aku, tak adil lah kalau korang dengar tv3 dengan tv1 jer pasal tue terang-terang kerajaan punya kan. Kompon-kompom lah mesti cakap tue perhimpunan Haram. betul tak??

Pada pandangan aku, Sebelum perhimpunan tue, pihak Bersih ada jumpa YDP Agong untuk memohon kebenaran hantar memmo dengan buat dalam stadium,Agong perkenan, pastu apa masalahnya lagi?? sape yang tak bagi?? Agong ke Polis??

Pasal perhimpunan tue, memang betul jalan teruk giler babeng sesak, teruk.. tapi sape bagi sesak?? Sape yang buat roadblock?? Polis kan. Agong dah bagi perkenan yang polis tak nak bagi lepas asal bhai??? Dalam akta undang-undang pon, setiap warganegara berhak bebas berhimpunan secara aman paham tak?? So yang ganas sapa?? Sape tembak gas pemedih mata??

Politik memang kotor, aku tak sokong sape - sape buat masa sekarang nie. Macam-macam diaorang sanggup buat untuk megekalkan kuasa untuk terus berkuasa. Dengan video sex, fitnah, caci maki hamun. Kotornya politik Malaysia. Nak sokong mana?? Nasib aku belum cukup umur nak pergi mengundi.. heheh..


gambar ini tak ada kena mengena dengan ayeem ayam tue okay.. incik google bagi..heheh




p/s : Sokong Parti yang nak menegakan Islam yang syyummul....

Monday, July 11, 2011

Puasa

Puasa dah nak dekat da.. korang semua sudah ganti belum puasa, perempuan ataupun lelaki yang tiba datang bulan time puasakan. Aku dah ganti da..  Baru semalam ganti.. 1 hari tak puase pasal hasutan kawan lapar sangat balik kelas penat. Aku dengan hati keringnya pergi usung beg beli nasi dekat kedai mamak dekat 12 bungkus orang kirim. Pergh gila babun punya keje.,. Kembung je beg masa nak balik.. Malu aku.

Aku ada perangai pelik masa nak dekat puasa nie.  Contohnya, kalau lagi seminggu nak puase aku akan demam teruk,demam kepialu, demam kura-kura, segala jenis demam aku dapat time nak dekat puasa. Benda nie jadi start dari darjah 5 lagi. Aku ada jumpa dukun, die bilang sama aku yang setan nak kacau aku cukup-cukup pasal nanti bulan puase dia kena jel.. hehe..

Puasa nie seronok sebenarnya. Kalau buat baik,ganjaran pahala berlipat kali ganda tau. Lagi satu kalau mana-mana perempuan nak kurus ala-ala Fasha Senda bolehlah masa bulan puasa nie.. Lepas tu, korang akan jumpa macam-macam kuih yang korang tak pernah makan kat bazar tue. Tapi lapar punya pasalkan,semua nampak sedap..

Aku pernah beli 20 keping murtabak untuk aku sorang time kecik, konon-konon kalau aku puasa penuh dapat makan sedap time berbuka nanti, last last aku order 20 keping murtabak, pening bapak aku, haha.. Lagi satu yang tak boleh miss langsung adalah Air Soya. Bagi aku itu benda wajib kena ada selain Kurma Yusuf Haslam Taiyob. Tapi kalau korang makan banyak sangat nanti nak solat magrib dengan terawih dah mengah..

Lagi satu fakta yang boleh aku bagi, Tiap-tiap tahun, mesti ada orang buat pengumuman puasakan, yang bestnya orang yang sama, Kesian atuk tue, dah uzur dah nak keluar tv lagi.. hehe






p/s : Aku demam masa nak tulis entry nie..

Friday, July 8, 2011

Seksi Ke Seksa

Seksi?? Perkataan itu aku rasa lebih sinonim pada perempuan. Memang sudah lumrah alam yang perempuan yang dah tahu apa erti nafsu nak berpakaian seksi lagi menjolok mata. Sebab nak perhatian orang ramai, sebab apa nak perhatian, ha itu yang kita tak tahu tu...

Kita pula sebagai lelaki pantang nampak perempuan lawa sikit, lagi lagi yang seksi tu, jalan depan kita, tenung macam tak pernah nampak orang. Itu kalau korang dengan aweks korang buat macam tue, mesti dah kena karate jurus 18 dah.. Tapi tipulah kalau korang tak toleh bila nampak perempuan seksi, betul tak.?? Betul kan.. Serius betul..!!

Nak seksi pun agak agaklah, nie kalau baju jenis pakai baju saiz adik aku umur 3 tahun padahal umur ko dah 19 tahun, tak ke kecik baju yang ko pakai tue sampai nampak saiz lurah lurah dendam, kalau mantap tak ape jugak..!! Pastu seluar ketat gila kat bontot tue, kadang-kadang kalau tunduk nampak alur-alur tut tut.. ish ish... Dem sit..!! Itu kalau nak berak pakai seluar ketat macam tue mau tercirit dalam seluar..

Yang lagi satu aku tengok, perempuan dah kawin dekat rumah tak nak pulak seksi seksi depan suami. Kalau boleh pakai baju kelawar 1 minggu tanpa basuh sambil bulu ketiak terjuntai juntai depan suami. Ini tak, kalau suami ajak pergi pasar je, die punya pakaian, Ya Allah, macam model nak buat cat walk tue, Puihhh..!! Depan suamilah kita nak seksi seksi ke, tanpa seurat benang ke, pasal benda halal...

Perempuan pakai seksi nie akan lebih terdedah kepada jenayah rogol.. Kadang kadang aku terpikir kalau nak salahkan perogol tue pon tak boleh seratus peratus, sape suruh ko pakai seksi seksi ha..!!! Pastu nagis nagis keluar kat paper muka depan nak pembelaan. Klau aku boleh bagi fly kick kan best kat perempuan tue.. Padan muka....


p/s : Moralnya seksa kita Di Sana Kalau kita seksi Di DUNIA..

Game Dan Hidup

Game?? ape maksud game?? Maksud game bagi aku adalah kesoronokan duduk di depan komputer selama berjam - jam hatta sehari pun tak apa untuk memuaskan nafsu bermain. Macam aku terang lagi bersuluh aku cakap aku memang gila main GAME..!!  Aku sanggup tak makan semata mata nak habiskan misi yang ada dalam game tue.. hehe.. 


Tapi tak semua game mampu memuaskan nafsu serakah aku nie.. hehe.. Jenis aku minat game perang-perang dengan game bola.. Sanggup tak tidor semata mata nak main game.. hehe.. Pasal game perang pulak obses sangat sampai amik adik punya senapang mainan lakonkan balik scene sniper tue.. haha.. best giler.. Mak aku tengok geleng kepala..


Yang bola pulak, kalau main single player tak pernah kalah, bila ajak member main sekali tak pernah menang. Ape jadah semua itu?? Walaupun aku minat main game bola tapi aku jarang sebenarnya nak main bola kat padang tue penat, panas, letih, macam-macam lagi. Baik duduk di rumah,biar jari aku saja yang bermain untuk aku.


Kenangan aku paling sadis sekali time form 5. Masa dekat sekolah dah plan pergi Cyber Cafe nak main GAME 3 jam. Nak dijadikan cerita hari tue hari jumaat, Kebiasaan remaja macam kami akan ke Cyber Cafe taktala hari jumaat lepas sekolah, maksudnya tak solat lah..


Aku dengan member aku tengah jalan kaki menuju ke destinasi dekat 3 batu jauhnya, taktala itu aku  nampak anjing melintas, biarkan jer.. Pastu dengan tanpa amaran anjing patah balik sambil kejar aku dengan member aku. Paling tak guna sekali member aku tolak aku semata mata nak depan dulu.. cilake.!! Incik anjing, kalau aku jumpa ko tepi jalan, aku langgar ko hidup hidup okay..


Lepas tue nak masuk Cyber Cafe tak boleh sebab kami pakai seluar sekolah, terpaksa la mengharungi perjalanan balik dekat 3 batu jugak lah. Serik hari tue aku dah serik nak pergi Cyber Cafe bila hari jumaat, dah la tak solat, pastu kena kejar anjing. 


p/s : Dah insaf tapi aku masih berdendam jugak dengan ko incik anjing..!!

Thursday, July 7, 2011

Seronoknya Masa Praktikal

Seronoknya masa praktikal aku dekat sebuah Syarikat membuat komik majalah Islamic. Dapat pengalaman kerja dengan orang asing, belajar benda baru, perempuan keliling pinggang. (maksudnya ramai perempuan lah) Aku praktikal bermula dari 3 January 2011 hingga 20 Mei 2011. Aku diamanahkan sebagai IT teknikal di pejabat sana, kerja aku termasuk jaga arnab, kat situ memang ada arnab, jaga anak bos aku, buat air, beli pisang goreng, dan termasuk kerja kerja lain yang tak masuk akal. Tankiu bos, banyak pengalaman saya jaga menatang nie semua..



KESERONOKAN DI TEMPAT PRAKTIKAL

  • Internet kelajuan melampaui batas batas pemikiran manusia. 
  • Dapat belajar sistem Mac os
  • Rekod terbaik download 6 movie 1 hari. Hahaha..
  • Dapat kenal dengan blogger Zaim, blogger ayeem ayam tu,pasal 1 tempat praktikal dengan aku,tapi die dah dewa dah time tue.
  • Pernah 1 hari tengok YOUTUBE pasal tak ada kerja nak buat.
  • Kenal dengan pelukis yang terbaik.
  • Dapat kenal dengan majikan yang sporting, terbaik. (terbalikan ayat aku)
  • Dapat kenal dengan orang cakap tak serupa bikin.
  • Couple dengan budak praktikal aku tapi putus. Puih..!! aku sumpah ko jadi tut tut.
  • Aku accident masa nak pergi tempat praktikal.
  • Aku bangga pasal bos syarkat nie orang melayu, means syarikat bumiputra yang maju.
  • Pengalaman pergi ikut meting dengan Dato, Tan Sri.



rindu dekat korang semua, rindu nak downlaod jer..







P/s : Andai ditakdirkan kita tak berjumpa lagi, kenang daku dalam doamu.. CEWAHH..!!!


Monday, July 4, 2011

Mesej Zaman ini~

Korang mesti pernah ada Couple kan. So sebelum dapat Couple tue macam-macam yang korang cuba nak mengayat awek korang tue. Banyak orang cakap, muka tak hensem tak pe, janji ayat manis berkrim disukai ramai. Itulah yang aku praktikan dekat diri aku nie. Muka tak penting, janji ayat korang nak bagi kat aweks tue.


Ayat Time Mula-mula kenal

> Hey awak nak kawan leh??

> Saya suka kawan dengan semua orang


Ayat Time baru Sebulan kenal

>Saya rasa kita macam serasi lah awak.

>Sudi tak awak jadi Girlfriend saya??


Ayat Time 3 bulan Couple

>Hye sayang, da mam belum??

>eii,busuk la baby nie tak mandi, tak mao kiss..


Ayat Time 6 bulan Couple


>Maaf la b tak perasaan mesej.

>B tak ada kredit la

>Call nanti, bateri kong


Time PUTUS


>Sial la ko, menyesal aku kenal ko.

>Aku sumpah ko tak bahagia dengan pasangan ko.

>Pergi mati la gile..!!





Mesti ada salah satu ayat dekat atas yang korang selalu gunakan bila dapat nak ayat aweks kan.Ayat tue jugak yang korang akan guna bile putus nanti. Hakikat nya aku pernah guna ayat tue tapi yang ayat time putus tue aku tak pernah guna lah. Heheh.. Ape pun lelaki cepat bosan bila da lama Couple.



p/s : bersyukurlah dengan apa yang ada dan cubalah setia.. hehe..


Sunday, July 3, 2011

Perjalanan Hidupku Di IKM Lumut (Sem 3)

Ini lah Sem terakhir aku di IKM Lumut Perak. Macam macam jadi kat aku kalau korang baca time aku Sem 1 dan Sem 2. Tapi kali ini aku tak duduk kat dorm lama, aku da pindah bilik.Aku duduk dengan member yang satu kepala dengan aku jer lebih kurang dalam 7 orang 1 bilik. Yang paling best bilik itu sangat sejuk di malam hari dan sangat panas di siang hari.

Sem ini aku pulun sakan belajar. Aku pun tak taw perubahan drastik datang kat aku.Tugasan hantar awal nak dapat A la katakan.Yang paling aku minat belajar Computer Architecture. Kat bawah nie aku list kan ape yang jadi kat aku sepanjang Sem 3 nie..



  • Sem paling best sebab dapat kawan kawan yang gila dan satu kepala.
  • Bilik aku ada telebisen sebab member aku bawak dari rumah, rumah die dekat je pon.
  • Makan petang aku masih tak turun gak.
  • Puasa dengan kawan kawan ( puasa ker?? )
  • Berbuka sejam awal. 
  • Paling tak suka buat electronic kena solder lagi, benda tue yang aku lemah,aku orang paling akhir keluar dari dewan peperiksaan.
  • Sem ini aku selalu balik kampung.
  • Aku belajar pasal OS Debian.
  • Sem 3 ini sorang dapat 1 komputer, spec pun best, jadi hari-hari 1 kelas aku main D.O.T.A dengan  game Bola ramai-ramai, Seronok gile,
  • Sedih sampai aku menangis bila berpisah dengan member 1 dorm, 1 kelas. Yelah dah duduk 1 tahun 6 bulan dengan diaorang. Aku nagis.
  • Sehari sebelum cuti sem, ada exam yang paling susah pernah aku buat exam network,berkenaan dengan Linux dengan Windows Server 2008. Malam sebelum exam tue tangkap-tangkap gambar konon buat kenangan, amik gambar lompat-lompat. Nak dijadikan cerita member aku lompat dari katil terpijak kaki aku. Gila babas sakit macam patah jer aku rasa, badan da macam Bob Kuman, Keesokannya terpaksa aku amik exam dengan kaki sakit.
  • Belakang dorm aku ada budak mati sebab sawan.
  • Kan aku pernah cerita aku Berkasih-kasihan dengan budak Sem 3 Course aku time aku Sem 1, da putus da. Lepas Sem 3 nie aku Berkasih-kasihan pulak dengan kawan sekelas die, satu course gak. Tapi sekarang tak ada lah. Ish-ish pe nak jadi kat aku kan.
  • Sem paling penat sebab kena bertukar-tukar kelas.
  • Family aku tak pernah amik aku kalau cuti Sem, selalu balik naik bas jer.. Kadang-kadang terasa gak.

Pointer Sem

Sem 1 : 3.03
Sem 2 : 3.13
Sem 3 : 3.24

p/s : Terima kasih kepada Lecture yang sudi mengajar En.Zul, En.Lan, En.Kharizan, En.Syuk, Pn.Lin.Terima kasih sangat-sangat dan kepada kawan-kawan IKM, aku rindu korang, maafkan aku kalau ada buat salah kat korang semua..

Saturday, July 2, 2011

Kerja Zaman ini..






















Selang 2- 3 minggu...

























Benda yang sama yang akan berlaku.. tak CALL JUGAK..


P/S : Mintak maaf sangat sangat kalau tak baca sebab tulisan tu kecik sangat.. sorryy kalau lukisan buruk.. Baru belajar..

Perjalanan Hidupku Di IKM Lumut (Sem 2)

Yess..!! Ini adalah sambungan untuk Sem 2 aku. Macam yang korang taw kan sejarah masa aku Sem 1 tu, macam macam yang berlaku, terutama yang paling sadih menyayat hati kena botak. Hahaha Sem ni tak akan berlaku lagi, TAK AKAN..!! 


Nak dipendekan cerita Sem ini adalah Sem paling malas aku nak belajar,pasal ape malas nak belajar?? itu yang kita tak tahu tue. Macam macam sebab yang memungkinkan aku malas belajar, ke sebab aku malas?? Arghh..!! Persetankan semua itu.Okay aku masih ditempatkan dalam dorm yang sama, kawan kawan yang sama, perangai yang sama dan juga sikap yang sama.


Paling aku ingat adalah aku pernah kenal dengan budak Kedah time aku Sem 2,tapi die duduk Kedah tak belajar kat IKM macam aku lagipun umur die baru 15 tahun. Die ada masalah ngan family die.Kenal pon dalam handphone kan,die nie dah la tak matang lagi,last last die naik bas dari kedah datang kat IKM aku semata mata untuk jumpa aku. Aku dah cuak la bapak die call aku tanya die ada tak datang jumpa aku,takot punya pasal aku cakap tak ada.


Terpaksa aku ponteng kelas pergi jumpa die kat stesen bus pasal die tunggu aku kat situ, aku nasihat sambil marah pasal ape buat benda bodoh nie. Die dengar jer tertunduk malu sambil tersipu sipu bahasa, lantas aku ambik duit die belikan tiket bas die suruh die balik time tue jugak. Nak jadikan cerita bas tue dah bergerak nak keluar, die boleh turun dari bas tak nak balik. Aku da macam Hulk Hogan mengamok NAK JER AKU STONE COLD DIE KAT SITU..!! Aku pikir pikir jap aku cakap tak pelah,"aku teman kan ko hari ini,janji sok ko balik okay??" Dia pon hapi macam aku tengah geletek urat kentut die lak. Aku bawak die g jalan jalan kat situ,beli baju ape semua janji sok die nak balik.


Dalam pukul 3 lebih bapak die call aku,aku da cuak. Aku angkat call tue, bapak die tanye ada tak anak aku dengan ko??? Bapak die siap da report polis,anak die hilang?? HA??? wtf?? Aku hantar die kat stesen bas balik suruh die balik sekarang juga. Tak sampi 5 minit polis ada datang amik die. Fuhh.. nasib selamat aku law tak sia sia kena makan nasi bungkus duduk lokap.Pelik aku ngan die nie anak orang kaya,tapi ngan family tak ngam?? 



p/s : "die" adalah PEREMPUAN dan benda nie aku tak pernah cerita pon kat member IKM aku, lagi satu ape yang terjadi adalah benar dan kalau aku jumpa budak tue lagi memang aku bagi smack macam The rock bagi kat Stone cold..!! Aku tak buat point pasal benda nie sama terjadi kat aku time Sem 1 dulu..

Friday, July 1, 2011

Silat Melayu Kita


Apakah itu Silat?? Silat bagi aku adalah seni mempertahankan diri bagi orang melayu. Seni ini penuh dengan adat dan bunga bunga cinta silat. Silat ini dari zaman kesultanan Melayu melaka lagi. Korang bayangkan lawan dengan British pakai silat je sedangkan british pakai meriam. wahhh..!!! Silat nie ada macam macam kat dunia nie, antaranya Seni Gayung, Lincah, Sendeng, Selendang Merah, Kuntau, Cekak hanafi, dan macam macam lagi ..

Dulu zaman 13 Mei, kan bergaduh China dengan Melayu kan, dengar cerita orang tua tua yang orang melayu dari Sungai Manik perak, diaorang boleh buat parang tue terbang, so kalau bergaduh nampak parang jer.. wah hebat..!!! 

Aku dulu pernah belajar silat Gayung Malaysia, dekat tempat belajar aku dulu. Penat giler tapi best. Seingat aku sampai bengkung merah cula kuning 1.. Silat Gayung nie diasaskan oleh Almarhum Datuk Abdul Rahman Meor. Mengikut cerita kat Google, Almarhum pernah beradu tenga dengan Bruce Lee taw..Silat nie Pak su  aku cakap, (die ngajar aku silat) untuk mempertahankan diri bukan untuk bergaduh.Aku ingat benda tue sampai sekarang.
cube teka aku yang mane?? gambar ini masa ada persembahan kat IKM.

p/s : Aku pernah silat depan pengantin pastu terlupa bunga,terus merapu je aku tibai, nasib orang tak perasan, hehe..